Adam Lee Ucap Terima Kasih, Ramai Minta Bidadari Salju 2

Drama bersiri, Bidadari Salju gandingan mantap hero dan heroinnya, Adam Lee dan Sweet Qismina telah pun melabuhkan tirainya baru-baru ini.

Malah episod akhir Bidadari Salju yang bersiaran menerusi slot Akasia sebanyak 28 episod itu turut diperkatakan ramai hingga menjadi trending di laman sosial Twitter.

Adam Lee, turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menonton dan meminta maaf andai ada kekurangan sepanjang penglibatan dalam drama arahan Reza Badarudin itu.

“TAMAT! #bidadarisalju. Thank you so much korang yang follow dari episode awal hingga episode akhir.

“Maaf jika ada kekurangan dari kami semua #TEAMBIDADARISALJU @tv3malaysia @dramasangat @a.aidaproductionsdnbhd @primeworks.studios @adamleenizers.

“Final Episode Trending No 1. HARIZ SIGNING OFF GUYS,” tulisnya pada satu hantaran di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat memberikan pandangan mengenai episod akhir drama berkenaan selain meminta penerbitnya, A Aida Productions untuk menerbitkan siri kedua drama adaptasi novel itu.

Selain Adam dan Sweet, pelakon lain yang turut terlibat di dalam drama ini ialah Jasmine Suraya, Nazrief Nazri, Chacha Maembong, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Foto: Instagram Adam Lee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*