“Tahu2 Sampai Je Nenek..” Nenek 73tahun ‘ride’ seorang dari KL ke Senawang Undang Reaksi Warganet

Orang kata, usia bukan penghalang untuk sesiapa pun melakukan apa yang mereka inginkan. Selagi masih mampu dan kudrat kekal kuat, tk salah untuk membuat apa sahaja yang mereka suka.

Nenek rileks ride jauh2
Namun, sebagai u anak, pastinya kita berasa khuatir andai orang tua kita masih berani melakukan sesuatu perkara orang muda pun sudah jarang lakukan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TlkTok apabila ‘geleng kepala’ dengan gelagat neneknya yang masih kuat membawa motosikal dari Ampang, Selangor datang ke rumah anak cucunya di Senawang, Negeri Sembilan.

Plan nak ke Melaka pulak
Menurut Nurul Ain Jariah lagi, neneknya sememangnya suka membawa motosikal dan sedang bercadang mahu ke Melaka untuk pulang ke kampungnya seorang diri.

Hal tersebut juga bukanlah sesuatu yang baru buat mereka sekeluarga kerana neneknya sudah terbiasa membawa motosikal lebih-lebih lagi baru sahaja membeli motosikal baharu beberapa bulan lepas.

Dah berusia 74 tahun
Menurutnya lagi, neneknya sudah pun berusia 74 tahun namun masih kuat dan bersemangat lagi menunggang motosikal dengan jarak yang agak jauh.

Warga emas itu sememangnya suka membawa motosikal dengan alasan mudah untuk berjalan-jalan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa kagum dengan keberanian nenek kepada Nurul Ain Jariah kerana bukan senang melihat seorang perempuan yang sudah berumur untuk membawa motosikal lebih-lebih lagi di atas lebuh raya.

Dah halang pun tau2 sampai
Dalam pada itu, ramai juga bimbang akan keselamatannya kerana kenderaan yang banyak terutamanya pada waktu puncak boleh mengundang bhaya.

Walau bagaumanapun, pengguna TlkTok berkenaan telah memaklumkan yang mereka sudah puas menasihati hal tersebut namun tetap juga dilakukan.

Paling utama, kita doakan agar nenek terus diberi keselamatan dan kesihatan yang baik agar terus bersemangat setiap hari.

Kita yang ser.am sejuk tengok

Harap tua nanti jadi macam nenek ni

Mesti nenek seorang yang sangat berdikari

Salute nenek awak. Masih kuat lagi

Semoga nenek diberi kesihatan yang baik

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*