Ini Jawapan Pemilik

MYDIN Mart menghalalkan setiap barangan yang dicvri dengan niat untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat banjir yang melanda di Lembah Klang ketika ini.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin berkata, walaupun tidak menyokong perbuatan mencvri tersebut, dia percaya bahawa individu terbabit mungkin terpaksa berbuat demikian disebabkan keadaan darurat.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencvri tersebut, namun dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

“Bersama kita memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar mereka semua terselamat dan bencana banjir serta pandemik ini sedia pulih seperti biasa,” katanya.

Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam, Selangor antara premis yang musnah akibat banjir pada 18 Disember lalu dan kervgian dijangka melebihi jutaan ringgit.

Sebelum ini, polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Sri Muda, khususnya Seksyen 15 yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Antara premis terbabit ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*