“Dah Kenapa S0lat Atas Jalan, Dalam Stesen Kan Ada…” Vide0 Peringatan Aisar Khaled Undang Persoalan Netizen

Kembali mencvri perhatian netlzen, personaliti media sosial Aisar Khaled dikrltik apabila dia dilihat membuat video memaparkan dirinya solat di merata tempat seperti gymnasium, kawasan bengkel dan di hadapan sebuah stesen minyak.

Aisar dilihat berkongsikan video berbaur peringatan itu di laman Instagramnya dengan kapsyen “Tidak kira sibuk kerja dan berada di mana, solat jangan tinggal”.

Menuai pelbagai respon dan krltikan, ada yang menganggap mesej yang ingin disampaikan Aisar itu cukup jelas, iaitu solat itu wajib didirikan di mana-mana sahaja asalkan tempat itu bersih dan selamat.

Namun ada pula yang mempersoalkan keperluan Aisar untuk solat di atas jalan di hadapan sebuah stesen minyak memandangkan surau ada disediakan untuk kemudahan pengguna jalan raya.

“Dah kenapa solat atas jalan depan Shell, punya la dalam Shell ada surau.” tulis seorang netizen.

“Alhamdullilah, tapi nak kabo Shell kan ada surau.” seloroh pengikut Instagram Aisar.

Terdahulu, Aisar yang juga seorang Youtuber dan pelakon ini pernah tular kerana tindakannya menziarahi pusara penyanyi Siti Sarah yang didakwa tldak sensltif dan bertujuan hanya untuk mencari keuntungan.

Dia juga pernah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan netlzen berikutan perbuatan membazir dengan membeli gel penyejuk badan dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan ‘babl air’.

Sumber : beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*