Kant0i keluar dengan perempuan, Fizi Ali Buka Cerita suara Wanita disebalik Vide0

PERKONGSIAN video penyampai radio Suria
FM, Fizi Ali ketika sedang membacakan buku
kepada anaknya Ameena Sofia mengundang
tanda tanya dalam kalangan peminat.

Rata-rata ingin tahu tentang identiti individu
yang merakam video berkenaan kerana
dipercayai adalah seorang wanita berdasarkan
suara pada penghujung rakaman berkenaan.

Namun teka-teki itu terjawab apabila Fizi atau
Hafizudin Alimudin, 33, memaklumkan kepada
mStar bahawa individu berkenaan adalah
ibunya sendiri.

“Tak sangka orang boleh salah anggap
terhadap video tersebut. Suara it adalah
wanita paling istimewa dalam hidup saya… ibu
saya.

“Kebetulan kami keluar bersama ibu dan dan
adik ketika itu,” jelas Fizi ketika dihubungi
mStar.

Fizi lebih senang untuk fokus pada anak
dan kerjaya

Nama Fizi menjadi tumpuan peminat apabila
secara tiba-tiba mengumumkan sudah
berpisah dengan pelakon Shakilla Khoriri pada
Disember lalu.

Dalam pada itu Fizi berkata dia kini sudah mula
membiasakan diri bergelar bapa tunggal.
“Saya dan Shakilla dalam proses untuk
betulkan diri masing-masing. Kami juga lebih
fokus pada kerja dan anak.

“Buat masa ini kami tidak terfikir untuk kembali
bersama.

“Ketika awal perceraian saya rasa hidup saya
musnah, tetapi sekarang dah boleh move on
dan sesuai diri,” ujarnya.

Sementara itu Fizi berkata buat masa ini dia
belum terfikir soal jodoh walaupun sering
diusik rakan penyampai ketika bersiaran di slot
Pagi di Suria.

Fizi dan Shakilla sama-sama setuju soal
hak penjagaan anak

“Apabila rakan-rakan di konti mengusik ketika
bersiaran saya anggap itu adalah gurauan.
Saya okey kalau pendengar gembira dan ia
tidak melampaui batas.

“Untuk kembali ada hubungan cinta… belum
laqi buat masa sekarang.

“Namun saya tidak menolak jika Tuhan
temukan saya dengan seseorang. Soal jodoh
itu adalah ketentuan Than,” katanya.

Fizi dan Shakilla berkahwin pada Februari 2018
dan dikurniakan seorang cahaya mata yang
kini berusia dua tahun.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*