Tabikk Springg Pok Ya’ Steady Orang Lama, Low Profile”

Aktor hebat Sabri Yunus menjadi sorotan ramai apabila dilihat beratur di kaunter tiket sebuah stesen bas untuk menaiki bas ekspres.

Aksi pelakon yang popular dengan gelaran ‘Pok Ya Cong Codei’ itu dikongsi oleh seorang pengguna di platform TikTok.

“Cepat-cepat habis musim stres$, tiba-tiba rasa nok repeat balik cerita Pok Ya Cong Codei ni,” tulis pengguna tersebut di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 11 saat itu, Sabri yang berdiri di hadapan sebuah kaunter tiket bas ekspres melambai dan tersenyum di saat aksinya dirakam.

Tampil santai, dia hanya menyandang sebuah beg galas bersamanya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*