HASIL setahun menabung, Wani Kayrie ‘angkat’ Mercedes-Benz berharga RM192K

Penyanyi dan juga pelakon Wani Kayrie gembira dan bersyukur apabila akhirnya mampu membeli sebuah kereta idaman iaitu Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000 menggunakan hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Wani atau nama lengkapnya Syazwani Syafirah Abdullah ketika dihubungi Kosmo Online berkata, dia mengambil masa selama setahun untuk mengumpul wang supaya dia boleh memiliki kereta tersebut.

“Alhamdulillah akhirnya tercapai impian saya untuk memiliki kereta sendiri hasil titik peluh sebagai penyanyi dan juga pelakon.

“Saya pun sudah bekerja lama dalam industri dan tiba masanya untuk saya hadiahkan (self reward) sesuatu buat diri sendiri. Sejak tahun lalu, saya mula menabung dan memasang niat untuk membeli kereta,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ketika ditanya tentang duit ‘muka’ yang perlu dibayar, penyanyi kelahiran Sabah itu berkata, dia mengeluarkan kos sebanyak RM30,000 sebagai pendahuluan untuk membeli kereta mewah tersebut.

Selepas mendapat kereta idamannya, penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang itu berharap supaya ‘hadiah’ tersebut menjadikan dirinya lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya, bahkan juga keluarga.

“Untuk sasaran tahun 2022, insya-Allah saya mahu kembangkan perniagaan yang diusahakan di kampung (Sabah) dan tolong keluarga di sana.

 

View this post on Instagram

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Di sebalik kejayaan ini, terselit juga doa-doa daripada anda semua. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian,” katanya.

Sumber : K ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*