Heliza Helmi sah bergelar isteri, Rupanya Suaminya Bkan orang Calang2

Ramai nampaknya memulakan tahun baru 2022 dengan sesuatu yang cukup membahagiakan seperti melangsungkan pernikahan.

Heliza Helmi dah bernikah
Salah seorang daripadanya adalah selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi apabila melangsungkan pernikahan dengan Founder dan Presiden AUF BMZ iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Dato’ Sri Mahadi BZ.

Hal tersebut telah dikongsikan photographer artis iaitu Aqoimran di Instagramnya sebentar tadi.

Dalam perkongsian itu, Aqo telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada selebriti itu dan mendoakan agar hubungan rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.

Majlis pernikahan dilakukan secara ringkas di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya yang dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dan jutawan bergelar Datuk Seri.

Berita mengenai perkahwinan tersebut didedahkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim dalam laman Instagramnya sebentar tadi bersama sekeping foto mempelai.

“Tahniah kedua adinda saya Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan dengan izin Allah.

“Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian. Maaf tak dapat hadir hari ini kerana berada di luar kawasan. Esok kita jumpa ya,” tulis Mohd. Izhar pada ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan netizen mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut dan tidak kurang juga yang seakan-akan tidak percaya.

“Betul ke ni. Tak sangka. Apapun alhamdulillah dah bertemu jodoh. Moga kekal bahagia hingga ke jannah.

“Alhamdulilah, tahniah Datuk Seri Mahadi dan Datin Seri Heliza. Moga kekal hingga ke syurga,” tulis netizen.

Dalam pada itu, pelakon yang juga rakan baik Heliza iaitu Yatt Hamzah turut berkongsi khabar gembira mengenai sahabat baiknya itu menerusi satu hantaran video dalam Instagram.

“Satu lagi pembuka tirai 2022. Masya-Allah Ija (Heliza). Tahniah sahabatku sayang. Alhamdulillah kami tumpang bahagia,” tulisnya.

Sementara itu, usaha Kosmo Online! untuk mendapatkan Heliza bagi mengesahkan berita pernikahannya menerusi panggilan telefon dan WhatsApp masih belum berhasil.

Sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*