“Khidmat dinegeri sendiri” kelibat Abang Vlva hulur bantuan diMelaka dikesanNetlzen

Semangat dan kecekalan demi membantu mngsa-mngsa banjlr membuatkan ‘abang viva’ meneruskan misi bantuan banjlr ke negeri Melaka.

Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, memberitahu, kini dia berada di Taman Merdeka, Melaka bagi membantu mngsa-mngsa yang terkesan di kawasan tersebut.

“Saya sudah berada di sini sejak pagi semalam bagi meneruskan misi bantuan mngsa-mngsa banjlr.

“Setakat hari ini, segala proses berjalan dengan lancar dibantu oleh pasukan keselamatan. Air juga surut dan bot juga tidak boleh nak masuk, jadi saya akan bersiap sedia jika ada perlukan bantuan,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini.

Jelas Azwan, dia bercadang meneruskan misi bantuan ke tempat lain jika keadaan mengizinkan.

“Jika ada rezeki dan keadaan mengizinkan saya akan meneruskan misi ini ke beberapa tempat yang terjejas teruk seperi di Selatan negara atau Pantai Timur.

“Apa pun saya akan selesaikan misi bantuan di kampung halaman saya dahulu,” ujarnya.

‘Abang Viva’ sebelum ini mencri perhatian rakyat Malaysia berikutan semangat dipamerkannya untuk membantu mngsa banjlr di Selangor meskipun hanya berbekalkan wang saku sebanyak RM50.

Sumber : K ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

‘Abang Viva’ akan jadi ‘Abang 4X4’ beberapa hari lagi

Seorang wanita dipercayai usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sha Hassan tampil menjelaskan perkara yang sebenar selepas niat murninya untuk menolong ‘Abang Viva’ mengundang kcaman orang ramai di laman sosial.

Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu mngsa banjlr di Pahang.

“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tldak mahu keadaan bertambah teruk dan saya juga tldak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.

“Dari awal niat saya ikhlas dan tldak lain tldak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.

“Malah Abang Viva pun tldak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor semalam.

“Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini.

“Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.

Sementara itu, Azwan melalui Live Facebook memberitahu akan menerima kereta pacuan empat roda daripada Sha minggu hadapan selepas beberapa urusan diselesaikan. Dia juga meminta orang ramai tidak lagi mengecam Sha dan membuat pelbagai tuduhan.

Sumber : K ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*