Mungkin tengah pantang masa AJL3, Peminat Harapkan Ernie Zakri Utamakan Keslhatan Dahulu

Tldak perlu dipertikaikan lagi mengenai kehebatan vokal penyanyi, Ernie Zakri dalam menyampaikan lagu miliknya terutama apabila bersaing dalam anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Bagaimanapun, timbul persoalan bilakah anugerah tersebut bakal berlangsung bagi tahun ini selepas Ernie lagu nyanyiannya berjudul Boneka layak ke AJL36 selain sedang sarat hamil tujuh bulan.

Bagi peminat yang gemar berseloroh, perkara itu bkan menjadi satu msalah sekiranya AJL36 diadakan ketika penyanyi berusia 30 tahun itu sedang menjalani proses berpantang.

“Bila mana Ernie boleh menyanyi dan perform sebegini baik dikala sedang sarat mengandung 7 bulan, apa yang hendak dirisaukan kalau AJL36 berlangsung waktu Ernie berpantang?

“Tak perlu pengganti pun ya, Ernie boleh perform live dari hospital,” tulis seorang pengguna laman Twltter @IniAlalalannn berkongsi sedutan persembahan lagu Boneka ketika Separuh Akhir Muzik Muzik, baru-baru ini.

Namun begitu, terdapat segelintir netizen mencadangkan agar ibu saudara penyanyi berkenaan yang juga artis tersohor iaitu Ziana Zain menggantikan tempat Ernie di AJL36 nanti.

Difahamkan, Ziana pernah menyanyikan lagu Boneka dalam satu acara anjuran sebuah platform beli-belah dalam talian pada bulan lalu.

“Menarik dan tk mustahil ya. Sebab Ziana Zain memang pernah perform lagu Boneka bersama dengan Ernie Zakri dan Misha Omar ya sebelum ni,” kongsi @IniAlalalannn.

Memetik laporan Harian Metro, Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri berharap penggantinya nanti adalah pilihan terbaik.

“Memang tak boleh nyanyi sebab masa itu sedang berpantang. Saya dijangka bersalin pada hujung Februari atau awal Mac tahun depan. Tarikh AJL pun tak tahu lagi,” katanya.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*