Berhasrat Pindah Rumah Selepas Terkena BuatanOrang, Tp HafizMahamad Buka cerita Ingin Terus Menyewa Di Rumah Sama Kerana

Sekitar September tahun lalu, usahawan dan selebriti media sosial popular, Hafiz Mahamad menerusi Instagram memberitahu bahawa isterinya, Syafiqah Aina menghldap penyaklt mlsteri.

Difahamkan ketika itu, perubahan ketara berlaku pada Aina selepas bersalin sehingga menjadikan Aina seorang pemrah dan suka naik angln. Hafiz juga mengalami keletlhan melampau dan tldak bermaya untuk meneruskan kerja seharian.

Namun, menerusi pendedahannya, keadaan Aina dan dirinya dilihat semakin pulih selepas mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz yang juga pengamal perubatan Islam.

Ketika bercerita lanjut, Hafiz turut memberitahu yang ada orang berhasrat untuk merosakkan dirinya, tetapi menghantar satu benda’ tersebut kepada isterinya.

Sehubungan dengan itu, Hafiz ada menyatakan hasrat untuk berpindah dan mencari rumah sewa yang lain. Bagaimanapun, selepas berpikir panjang, Hafiz memutuskan untuk kekal tinggal di rumah yang sama.

“Selepas kejadian itu ada juga terfikir nak pindah rumah. Tapi lepas bincang dengan Aina, dia macam ok dan dia berani serta kuat dan alhamdulillah Allah jaga, jadi kami terus terus menyewa dekat sini.

“Kalau pindah nak kena angkat duit lagi kan,” katanya menerusi potongan video Instagram Story yang menjawab soalan daripada pengikutnya baru-baru ini.

Dalam pada itu, ada juga yang bertanya sama ada Aina sudah benar-benar sihat selepas kejadian berkenaan, Hafiz menjawab, keadaan isterinya masih lemah. Tetapi, dia mengharapkan doa semua agar kesihatan Aina kembali seperti sedia kala.

“Awak semua kena doakan Aina. Keadaan dia sekarang memang kalau saya dekat tepi saya tahu dia lemau, tak berapa nak segar sangat tapi saya respect, dia still fikir pasal kerja, strong pasal kerja. Itu yang saya respect dekat dia. Doakan ok?” kongsinya lagi.

Hafiz juga sempat menjawab satu lagi soalan pengikut yang bertanyakan sama ada rumah yang didiaminya bersama keluarga adalah rumah sewa.

“Ya rumah sewa. Bila team dah mampu bell rumah, baru saya bell. Bukan humble ke atau rendah diri. Tapi yalah nak sama-sama dengan team. Mereka mampu, insya-Allah saya pun sama-sama dengan mereka,” katanya lagi.

Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Aina pada 24 November 2017 dan pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Raisya Arisa pada 26 Jun 2019.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*