Gembirakan Orang lain,Pemuda Ini Sengaja Membuat ‘aquarium’ Diluar Untuk Tontonan Ramai

Apabila tiba cuti sekolah, ibu bapa pastinya akan membawa anak-anak mereka pergi ke beberapa tempat terkenal seperti ke Zoo Negara atau Aquaria.

Namun, tldak semua orang berkemampuan untuk pergi-pergi ke tempat seperti itu. Ada yang hanya mampu melihat haiwan-haiwan tersebut di mediasosial sahaja bukan di depan mata.

Kongsi kegembiraan, pemuda letak aquarium luar rumah.
Memahami akan perkara tersebut, tindakan seorang lelaki ini yang berkongsi kegembiraan bersama insan lain menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di platform TlkTok dikenali sebagai @zarefiq ini apabila sengaja meletakkan aquarium ikan peliharaannya di luar rumah untuk tontonan orang ramai.

Menurutnya, tidak semua orang mampu ke Aquaria, maka dengan itu dia berkongsi sedikit kegembiraan bersama mereka.

“tk semua orang mampu nak tengok ikan kat Aquaria ataupun tempat lain, tank saya memang kat luar rumah sebab suka tengok dia orang happy and excited,” luahnya di ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi 38 saat itu, dapat dilihat seorang budak lelaki berserta ibu bapanya sedang melihat ikan-ikan peliharaan @zarefiq.

Malah, budak lelaki tersebut juga seakan-akan seronok melihat ikan-ikan tersebut pertama kali dalam hidupnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira akan perkara tersebut. Malah, mereka turut memuji akan tindakan murni pemuda berkenaan.

Besar pahala gembirakan orang lain.

Pemikiran diluar kotak

Pasang cctv bang

Sumber : Redaksi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*