Ambil Kos Pelancongan, Gadis Akur ‘Intern’ Kena Jaga Parkir Bawah Terik Matahari

Perkongsian seorang pelajar praktikal dikenali sebagai Erynaa di laman TlkTok, mencuri perhatian ramai apabila dia dipercayai perlu menjaga tempat parkir ketika menjalani praktikal di sebuah syarikat.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah tugas kerja yang diberikan kepadanya seolah-olah tidak relevan dan bersesuaian.

Praktikal tapi kena jaga parking panas-panas

Menerusi video yang dikongsi, pelajar ini dikatakan bertugas sebagai pengawal keselamatan dengan menjaga parkir di bawah terik panas matahari dengan bantuan sekaki payung. Ujar gadis ini, dia mengambil jurusan pelancongan dan tempat praktikal tersebut merupakan pilihannya sendiri.

Bayar kos belajar RM30k tapi intern jaga parkir. Dah lah panas. Saya bersyukur dapat tempat intern kan. At least ada tempat intern. Doa yang baik-baik jelah.

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini turut menceritakan dia sempat bertanyakan kepada pensyarahnya untuk menukar tempat praktial. Namun, permintaan tersebut sama sekali tidak boleh diproses berikutan tempoh praktikalnya hampir tamat.

Dah nak habis sebenarnya (lagi 2 bulan nak habis). Sebenarnya, saya bukan duduk dekat tempat parkir, saya dekat bahagian tiket. Tapi, disebabkan mungkin nak tukar tempat dengan budak intern lain.

Budak intern baru duduk dekat bahagian tiket, saya yang lama duduk dekat sini (bahagian parkir).

Respon netizen

Sumber : ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*