“Kcewa semalam Bkan bermakna Kcewa selamanya” Intan Saleh buat ramai tumpang gembira

Selepas kembali bergelar isteri bulan lalu, usahawan selebriti Intan Liana Saleh sentiasa menjadi tumpuan warganet dalam menjalani kehidupan rumah tangga bersama suaminya Mohd Aizam Yahya.

Mana tidaknya, wanita berusia 35 tahun itu melalui episod kegagalan rumah tangga yang penuh duka sehingga mencetuskan kontroversi sekitar empat tahun lalu.

Menerusi perkongsian terbaharu di aplikasi TlkTok, dia memuat naik video ‘sweet’ bersama suaminya yang berusia 25 tahun itu bersama anak-anaknya iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.

Rakaman berdurasi 30 saat itu memaparkan Intan dilihat tersenyum bahagia apabila suaminya meletakkan kepala di atas riba selepas solat sebelum ‘diganggu’ oleh kedua-dua anaknya sekali gus berpelukan antara satu sama lain.

“Daddy pasrah. Selamanya InsyaAllah, selamat malam,” tulisnya yang mesra dipanggil sebagai Bonda, semalam.

Video berkenaan meraih 612,000 tontonan selain hampir 2,800 komen netizen yang rata-rata tumpang gembira melihat usahawan itu kini menemui kehidupan bahagia bersama pilihan hatinya.

Selain itu, netizen juga tidak lupa menitipkan doa buat pasangan tersebut agar hubungan suami isteri kekal bahagia hingga ke syurga.

“Terima kasih semua yang mendoakan”

Bkan selamanya hidup kcewa

Allah sebaik-baik perancang

Teringat Bonda dulu2

Setelah dikcewakan, kami tumpang gembira

Allah ganti bahagia

Terdahulu, Intan pernah berkahwin dengan pemuzik Ude pada 2013 sebelum berpisah talak satu pada 2018 selepas lelaki itu bernikah dengan pelakon Izreen Azminda pada 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*