Sajjat Buka Perniagaan diAustralia, Tanya Ada Yang Berminat Mahu Ke Australia Bekerja Dengannya

Penyanyi dan usahawan kontroversi, NurSajjatKamaruzaman melaksana hasratnya sebelum ini untuk membuka sebuah perniagaan di Australia.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri penyanyi lagu Makhluk Pengg0da itu menerusi entri Instagram miliknya, baru-baru ini.

Kongsi Sajat, dia menzahirkan rasa syukur kerana berjaya membuktikan cita-citanya yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Selain usahawan itu sempat mempelawa pengikutnya yang berminat mahu ke negara berkenaan untuk bekerja dengannya.

“Alhamdulillah, tunggu pembukaan NurSajjat Legacy Cosmetics di Sydney. Janji tetap janji. Pasukan Sajjatt akan berkepak di Australia.

“Bersyukur sangat dengan pasukan Sajjatt di Australia. Yang mana hendak bekerja dengan Sajjat, kamu sudah bersedia nak berhijrah kerja di luar negara?

“Bulan empat atau lima Sajat akan membuka perniagaan. Tunggu,” kongsinya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat usahawan sensasi itu atas kejayaan pembukaan perniagaan baharu di negara Kanggaru itu.

Terdahulu, proses lelongan aset dan harta Sajjatt dilakukan di kediamannya di Kota Damansara bermula 10.30 pagi, pada 15 September lalu.

Seorang pembida lelaki berjaya dalam proses lelongan sebahagian barang-barang di kediaman usahawan kosmetik tersebut, pada harga RM 132,000.

Secara keseluruhan, pembidaan berkenaan bakal mendapat set barang-barang di ruangan dapur, ruang tamu serta set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat berkenaan.

Bagaimanapun, Sajat menyatakan dirinya tldak kisah kesemua asetnya di Malaysia dilelong.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*