Peminat Sekali Lagi Kcewa Dengan Zul Ariffin,Peluk Dan Dukung Wanita Bertudung

Pelakon kacak, Zul Ariffin mengundang rasa kurang senang peminat apabila dilihat bersentuhan dengan seorang wanita bertudung dalam iklan bengkung edisi istimewanya.

Menerusi video berdurasi satu minit dan 35 saat itu, pelakon filem Sangkar ini menunjukkan aksi romantis seperti berpelukan mesra, berpegangan tangan dan mendukung wanita itu.

Di ruangan komen, peminat merasakan perkara itu tldak manis untuk tontonan umum memandangkan wanita di dalam video memakai tudung.

 

View this post on Instagram

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Peminat turut merasakan iklan tersebut tidak bersesuaian dengan standardnya sebagai penerima anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-31.

Tambahan pula sebelum ini, Zul dilihat mendekatkan diri dengan agama apabila menyertai kerja-kerja kebajikan bersama tim Ebit Lew.

Pelakon ini bagaimanapun tldak mahu menyifatan perkara tersebut sebagai satu hijrah yang tergesa-gesa dan hanya ingin menjadi seorang muslim yang lebih baik setiap hari.

Sebelum ini,

Berbakat dalam bidang lakonan serta berbadan sasa, itulah gambaran yang sesuai diberikan kepada pelakon tanah air, Zul Ariffin yang menjadi salah satu selebriti yang dikagumi oleh ramai pihak.

Sebelum ini, usaha Zul mendekatkan diri dengan agama telah menjadi perhatian ramai selain turut mendapatkan tunjuk ajar daripada pendakwah terkenal, Ustaz ebit Lew.

Perkara itu mendapat reaksi positif dari kalangan netizen selain turut mendoakan agar pelakon itu mampu bertahan dalam usaha mendekatkan diri dengan agama.

Zul Ariffin jadi bualan hangat, ‘pegang manja’ muka Ruhainies
Bagaimanapun, pelakon tersebut sebelum ini pernah menyatakan bahawa tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita jika ingin mendapatkan keserasian.

Hal itu diulasnya ketika memberikan reaksi mengenai gandingan sulungnya bersama pelakon, Uyaina Arshad yang juga bertudung dalam sebuah drama bertajuk Love Elsa.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*