“Kalau anda terkejut, kami pun sama” Heliza Buat Lagu Khas perjalanan menemui jodohnya

Sedar tak sedar, hampir seminggu selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi sah menjadi isteri kepada Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman.

Pernikahan yang masih sebutan kerana dilihat sangat mengikut syarak benar-benar menjadi dambaan ramai. Walimatulurus yang dihadiri para ilmuan itu sangat indah dengan dihiasi zikir-zikir serta perkongsian dari tokoh-tokoh agama Islam negara.

Ucapan syukur sudah berkahwin
Buat pertama kalinya, Datin Sri Heliza memuat naik gambar bersama pasangannya ketika majlis pernikahan tempoh hari.

Walaupun sebelum ini ada saja gambar mereka berdua, namun kapsyen yang ditinggalkan di posting terbarunya lebih menjurus kepada ucapan terima kasih kerana menjadikannya sebagai seorang isteri.

“KUN FAYAKUN . Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi,”

“Maka dengan izin dan kekuasaan ALLAH SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. ALLAHU AKBAR. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama,”

“Tiada daya upaya kami melainkan ALLAH. Terlalu bersyukur atas segala yang ALLAH aturkan.”

“Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi mem..Zaujahkan diriku ( eh ada ke ayat ni ) in

Terima kasih buat suami
Menurut Heliza, dia masih lagi seakan tak percaya sudah berkahwin namun sangat bersyukur kerana diberikan jodoh seperti yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T.

Dikesempatan itu, dia juga telah mengucapkan suami kerana sudi menjadikannya seorang isteri memandangkan dia bukanlah siapa-siapa.

Alhamdulillah, bercintalah hingga ke syurga
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan rasa syukur serta terharu dengan penulisan Heliza.

Mereka mendoakan agar pasangan tersebut terus bahagia hingga ke jannah dan sentiasa diberkati oleh Allah S.W.T.

Kami suka, kami happy

Semoga kehidupan terus diberkati oleh Allah S.W.T

Semoga kehidupan terus diberkati oleh Allah S.W.T
Dikesempatan itu, menerusi saluran YouTube TheHelmis, muzik video untuk lagu Dilamarmu turut telah dimuat naik oleh selebriti berkenaan.

Menerusi MV lagu tersebut, dapat dilihat momen-momen semasa mereka baru sahaja selesai bernikah dan lirik lagu berkenaan menceritakan bagaimana perjalanan Heliza dalam menemui jodohnya yang sudah tertulis di atas sana.

Sumber : omm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*