“Saya Bujang terlajak bkan duda” DS Mahadi Menjawap Dkwaan Netlzen Status Dirinya

Perkahwinan selebriti dan juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi dengan seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Mahadi Badrul Zaman sememangnya masih menjadi perhatian ramai walaupun sudah seminggu bergelar pasangan suami isteri.

Mereka juga masih lagi menerima ucapan tahniah dan selama pengantin baru terutamanya di ruangan komen di media sosial masing-masing kerana berasa seronok diatas kebahagian baru yang mereka kecapi.

Jadi, pada tengah hari tadi, Heliza yang kini merima gelaran Datin Sri telah bersama-sama suaminya diundang ke rancangan Wanita Hari ini di Tv3 untuk berkongsi momen bahagia setelah diijab kabul.

Dalam temu bual tersebut, Datuk Mahadi mengambil peluang menjelaskan secara berseloroh berkenaan statusnya yang kerap menjadi perdebatan netlzen di ruangan komen media sosial.

Belum pernah berkahwin lagi sebelum ini
Menurutnya, beliau merupakan bujang terlajak ketika bernikah dengan Heliza kerana mengakhiri zaman solo ketika berusia 38 tahun. Hal tersebut menyangkal segala dkwaan yang dirinya merupakan seorang duda seperti khabar angin yang bertebaran sebelum ini.

“Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang.”

“Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga yang diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami dan isteri,” katanya.

Penjelasan tersebut pastinya menjawab segala teka-teki yang bermain di kepala para peminat kerana kedua-dua individu berpengaruh itu jarang berkongsi kisah peribadi kepada umum walaupun mereka sangat ramah di media sosial.

Untuk makluman, Datuk Sri Mahadi BZ dan Datin Sri Heliza Helmi telah sah sebagai suami isteri pada 1 Januari 2022 apabila selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Besi, Putrajaya.

Pernikahan mereka nyata membuatkan ramai terkejut kerana langsung tidak ada khabar berita tentang hubungan mereka. Walau bagaimanapun, ramai yang gembira melihat pernikahan tersebut lebih-lebih lagi majlis resepsi yang diadakan dihiasi dengan kehadiran para agamawan ternama Tanah Air.

Sumber : Omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*