‘Jika Saya Menangls Di Rumah Bkannya Mereka Datang…’ Shuib Buka Cerita suruh cari pengganti

Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dia kerap diasak dengan soal jodoh oleh ibunya, Salamiah Jalani selepas lima bulan pemergian isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Ibu suruh cari pengganti
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib, 38, menyatakan ibunya risau melihat keadaan dirinya dan dalam masa sama perlu menguruskan empat orang anak yang masih kecil.

Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.

Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tldak okey memang todak akan jadi.

Saya takut wujud perbandingan yang sepatutnya tidak berlaku kerana arwah duduk dalam kelas yang tersendiri dan teratas. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja.
Shuib berkata demikian pada majlis pelancaran tudung Loveta X Anzalna di The Ruma Hotel and Residences, semalam.

Hanya berkawan

Akui pemilik nama Shahmira Muhamad, dia sedang mengenali seseorang tetapi lebih memilih untuk menyerahkan soal jodoh kepada Allah.

Ya ada kenal orang baharu, tapi hanya berkawan dahulu buat masa sekarang. Saya tak berani nak cakap. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tldak perlu fikir banyak perkara.

Harap semuanya baik-baik sahaja. Saya serahkan kepada Allah. Nak bercerita soal apa yang berlaku ke depan saya sendiri tldak tahu.
Bkan netlzen yang ada dengan saya

Dalam pada itu, pelakon drama Jep & Judin enggan meletakkan jangka masa bila dia akan ‘move on’. Katanya lagi, dia sedar netizen mempertikaikan tindakannya bercerita mengenai jodoh namun hakikatnya mereka tidak tahu perasaan sebenar yang dia rasa.

Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria-ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh. Jadi, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja.

Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak sangat pendapat orang.

Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika saya menangls dan tertonggeng di rumah tldak ada netlzen datang bertanya khabar, saya okey atau tldak.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*