Sheila Rusly hadiahkan Sebuah Kereta kepada suaminya sempena hari jadi

Pelakon dan penerbit drama, Sheila Rusly menghadiahkan sebuah kereta jenis BMW X4 kepada suaminya Azman Yahaya atau Jinggo sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-56 tahun baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram, Sheila menitipkan kata-kata positif dengan meluahkan rasa syukur setelah melalui kehidupan susah senang bersama suaminya itu selama ini.

 

“Selamat ulang tahun to my amazing husband. Thank you for being who u are & all that u do for us. There’s nowhere else in the world i would rather be than be next to u,” tulisnya.

Rakaman berdurasi 29 saat itu memaparkan reaksi suaminya yang teruja dan gembira apabila melihat kereta mewah tersebut tiba di hadapan rumah mereka.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Jinggo selain mendoakan dia agar terus dimurahkan rezeki serta kekal bahagia hingga ke syurga.

Sementara itu, Sheila juga berkongsi satu lagi video momen memaparkan percutian bersama keluarga ke sebuah resort di Genting Highlands, Pahang sekali gus menyambut hari lahir suaminya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1996 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*