Pakcik layan aku seperti hambaAbdl. Aku dibenarkan sekolah klu pakai duit sendiri. Bila Makcik Tlada ini yg pakcik Buat

Foto sekadar hiasan. Nama aku Suhana (nama samaran) berumur 24 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera. Aku kehilangan kedua ibubapa ku ketika aku berumur 11 tahun akibat kmlngan jalan raya. Dan setelah itu aku dibesarkan dan dijaga oleh Pak Cik dan Mak Cik aku.

Sepanjang tempoh aku tinggal bersama mereka hanya air mata yang menemaniku. Aku dilayan seperti anak tiri dan pendek kata aku dibesarkan seperti seorang hamba abdi. Aku dibenarkan bersekolah itupun jika aku mencari duit sendiri.

Maka setelah tinggal bersama mereka aku bekerja di sebuah kedai runcit di dalam kampung ku. Bukan aku tidak mendapat duit bantuan dari jabatan jabatan tertentu, aku dapat tetapi semuanya masuk ke dalam poket pakcik dan makcik aku.

Sehinggalah aku melangkah ke alam sekolah menengah aku mula belajar menjahit di rumah ketua kampung. Dengan hasil duit menjahit baju aku dapat menampung perbelanjaan sekolah aku. Mak cik dak pakcik tak pernah belikan aku baju atau kelengkapan sekolah. Semua aku usahakan sendiri. Pak cik dan makcik mempunyai dua orang anak. Seorang berumur 20 tahun dan seorang lagi sebaya dengan aku.

Mereka selalu mengejekku di sekolah. Mereka kata aku anak yatim yang menumpang kasih ibu bapa mereka, tetapi hakikatnya aku tak pernah merasakan kasih sayang dari mereka. Sehinggalah aku dipaksa berhenti sekolah oleh mak cik aku kerana ketika aku di tingkatan tiga, pak cik disrang skit kncing manis dan terpksa diptong kaki.

Bermulalah episod deritaku yang seterusnya, sejak menjaga pak cik aku sudah tak boleh menjahit. Hasil pencarian aku terbantut. Makan minum aku terabai Bukan mak cik tidak beli lauk, dia beli tetapi mereka sorokkan dari aku. Kadang-kadang kalau aku lapar aku pergi kerumah sahabat baik aku dan menceritakan padanya jadi dapat lah aku sedikit makanan.

Pak cik juga sebenarnya berperangai miang keladi. Dia selalu bercakap kotor dengan aku ketika makcik tiada di rumah. Sungguh aku takut. Akhirnya ketika aku berumur 18 tahun aku berhijrah ke Langkawi untuk mencari kerja dan di sanalah aku bertemu dengan suami aku sekarang.

Selepas dua tahun di sana aku pulang semua ke kampung. Pak cik dan mak cik seperti biasa melayan aku acuh tk acuh. Sehinggalah aku memberitahu mereka yang aku ingin berkahwin.
Mereka melarang sekeras kerasnya. Mereka kata aku tak boleh berkahwin kerana aku perlu menjaga mereka. Anak mereka yang sulung sudah belajar di johor.

Jadi tiada siapa yang boleh menjaga mereka. Tetapi aku berkeras. Aku tak mahu menderita lagi. Anak mereka yang bongsu menarik rambut aku dan makcik melempang muka aku. “Itulah degil aku cakap tak payah jadi tak payah lah ” jerit mak cik. Aku menangls. Aku menelefon suami aku ketika itu dan dia datang ke rumah makcik. Suami bercakap baik baik dan mak cik mula membvrukkan aku.

Aku hanya mampu menangls dan mak cik kata aku perlu jaga pakcik yang saakit sebagai balasan mereka menjaga aku dulu. Tetapi suami aku berkeras. Dia bawa aku keluar dari rumah itu.

Semua urusan perkahwinan aku dan keluarga suamiku yang uruskan. Mak cik dan pak cik langsung tidak ambil tahu. Sehinggalah kami pulang semula ke kampung dan memberikan kad jemputan perkahwinan.

Aku sangkakan mereka tidak ingin datang ke majlis kami tapi sangkaan aku meleset, mereka datang dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Mak cik menghampiri aku dan memeluk tubuhku. Dia menangls dan meminta maaf.

Aku degan rela hati memaafkan. Sehinggalah tiga bulan selepas itu aku disahkan hamil mak cik datang bersama anak sulungnya. Suamiku ada di rumah ketika itu, aku menjemput mereka duduk. Mak cik menjuihkan bibir ketika suami aku melabuhkan punggung di sebelah aku.”Mak cik datang ni nak‹ meminang suami kau untuk Nina. jatuh jantung aku. Suami aku mengerutkan dahi. Tanda tidak mengerti. Suami aku menanyakan maksud makcik yang sebenar.

Rupanya Nina telah mencintai suami aku. Suami aku menolak secara baik. Dan selepas itu tiada lagi cerita dari mereka. Ada juga aku pulang untuk melawat tetapi mereka tiada di rumah. Aku merancang raya pada tahun ini aku ingin menjahit baju raya untuk mereka empat beranak. Aku inqin berbaik dan aku sebenarnya tidak berdndam.

Doakan kami dapat bersatu semula dan semoga pakcik dan makcik dapat berubah ke arah yang lebih baik. Sejauh mana jahat pun mereka mereka juga yang menjaga aku walaupun aku terabai m tetapi aku tetap sayangkan mereka. Pengajaran dari cerita aku ini adalah kita tetap harus memaafkan walaupun sebesar mana kesalahan orang terhadap kita. Kerana kita juga hamba Allah yang kerap melakukan d0sa.Assalam.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini. Apa reaksi warganet

Hanim Halim, Dik Non….hang kata tak mau lupakan jasa mereka. hang dah balas budi dengan tenaga hang. dengan harta anak yatim….dengan bantuan yang patut hang dapat tu dik non oil….sudah sudahlah. jagalah keluarga kecil yang ada sekarang Berbuat baik pada keluarga mertua kalau nak merasa kasih sayang ibu bapa.… pandai pandai la depa sekeluarga tu nak hidup. hang jgn cari penyaakit la weh. esok esok bersabit kat anak hang pulak.…Suami hang tu esok esok ada pencen..ramai nak menempek…askar pencen awai dan muda.jauh lagi nak hidup.. – anak arwh seorang pesara tentera.

Sheila Ramli, Nak berbaik dgn mereka × ade masalah, tp plz jgn smpai cari mereka di rumah, awk nk hantar baju raya? Hantar by pos tu pun jgn letak add penuh awk atau no phone awak, nak tolong mereka?

Bank in ja duit if awk ade simpan acc bank mereka, tak perlu cari mereka lagi, jadikan ape yg jd pada diri awak satu pengajaran, hati manusia kita tak bole jangka, silap2 guna cara halus pulak, nauzubillahiminzalik, better berjaga sekarang dari terkena, plz do take care urself & ur own happiness.

Sy bercakap sekadar berdasarkan pengalaman sy, plz do take our comment as a serious matter, jaga diri awak dan semoga awak, suami sentiasa dilindungi oleh Allah swt, aamiin.

Timah Maanim, Eeeee tk payah la ko nk baik sangat. kang ko gigit jari…. org x dpt cara kasar „, dorang boleh buat cara halus..esok laki ko m dirembatnya baru ko tahu langit l tinggi ke rendah. Bukan nk tuduh?.. 1 peringatan je… aku pernah tgk depan mata k3s mcm ni.kesian merana hidup laki diambil org cara halus…. skrg nk bahagia „, hati ko kena kering.. ko kena pentingkan diri ko dulu.

Noor Abu, Jangan terjerat sudah lah, org mcm tu xmudah nk berubah selagi nyawa × dihujung tanduk, yg kaki nya hilang pun masih tak insaf. Kalau nak berbaik juga tunggu lah 20 tahun lagi, bila makcik pakcik tu da tua xlarat dan melarat ,pemakan duit anak yatim ni hati sekeras batu.

Yanie Haslie, Jauhkan diri awk suami dan ank drpd diorg… kalo nk balas budi cukup la kirim duit sikit bulan2 .dulu dia × jage awk pun. m bimbang nti ape pulak perancangan diorg kenakan awk.bkn menghasut tp suami awk dah bebaskn awk so jgn la sia2kan…mase bace nk‹ pinang suami awk utk ank dia menyirap je drah ni rase. .manusia ke set4n

Hana Fais, Lol dik.…xyah ko buat drama indon kat sini. Yes. Ko boleh maafkan diorg but please stay away from these people. Sedangkan laki ko pon die nak caras, ade hati lak ko nak bebaik.

Bagus la kalo ko nampak kebaikan diorg, tapi lebih bnyk keburukan sebenarnye. Udah2 la kene tindas. Dah la makan duit anak yatim.. Eh hanat makcik pakcik miang ko nih.

Cik Kiah, Baik tak bertempat. Tak pasal2 dapat madu bernama Nina.….naif sungguh, tak yah layan sangatlaa…dari disksa dari kecil sampai suami kau pun nak dirampas..kau tak rasa apa2ke tolong cerdik sikit..

Kau ingat ni drama happy ending ke.….bajet suci akhirnya bahagia? Ni realiti dik non.….realiti….tak yahlaa nak layan sangat.….kadang2 kena penting diri sendiri juga utk kebaikan diri.

Kena jadi manusia yg berotak cik kak…bukan lembu bOdoh yg dah sah sah dari kecil disksa dan dilayan hina, sampai besar kau pilih jadi bajet suci sebodoh ini. Sila bijak ye

Naliza, Itu lah kifarah yg pakcik dan makcik awk dapat melalui sepupu awk Nina….apa2 pun pastikan nawaitu keluarga itu dalam berbaik dgn awk, mungkin ada tujuan tertentu dan diharapkan awk tidak menjadi b0doh dgn dipijak sekali lagi.

Ini lah manusia2 yg paraasit untuk tujuan kesenangan hidup mereka dan harap awk tidak tertlpu oleh mereka.. bukan niat saya untuk membuat awk syak wasangka tapi lebih kepada langkah berjaga2 yaa.

Kerana pisang berbuah lebih dari dua kali dan manusia spt ini juga bole memperbodohkan org berkali2 juga… beringat lah sementara belum terkena

Zimah, Kalau awak nak berbuat baik padakeluarga pakcik awak, buat la secara senyap atau dari jauh, misal kata bagi duit ke atau kirim baju raya ke. X payah la awak nak berjumpa dengan mereka lagi.

Sepupu awak dah la suka pada suami awak. Jika berbaik semula kemungkinan ada benda lain y jadi. Risau jadi lagi buruk je pada masa akan dtg. jgn ingat cerita dalam drama melayu × boleh jadi pada kehidupan realiti.

Hajar, Dah mcm drama melayu pkul 7..papepn nk berbaik bIh,tp hati2.. takot ade udang disebalik mee…skrg mcm2,semua nk tikam belakang untuk kepentingan masing2 ….mohon confessor Ibih berhati hati, bkn nk bersangka buruk,tp takot pisang berbuah dua kali.. Moga dipermudahkan urusan confessor.

Nurul Aina, Awak nk berbaik dg diorg? Maaf la walaupon bulan Ramadan, hati sy susah nk berbaik sangka dgn keluarga mak cik awak, apa lg bila anak dia pernah ada hati dgn suami, apatah lg diorg tgh susah. Harap2 kehadiran awk nnti bkn sbg batu loncatan. Sy doakan yg baik2 saja.

Muaz Mahmood, Bagus lah nak buat baik tu. Tapi berdasarkan tulisan saudari, saya rasa lebih elok kiranya jauhkan sedikit daripada mereka. Yg sy khuatir mereka akan menggunakan b0moh untuk mendapatkan apa yg dingini.

Orang yg dihimpit duit ni boleh lakukan apa sahaja. Jadi lebih baik ambil langkah berhati2. Apa2pun ini hanya pandangan peribadi. Banyakkan solat dan doa minta perlindungan daripadanya. Surah an-nas.

Nor Isna, Itulah akibatnye bl memakan harta ank yatim…akk doakan adik terus kuat. Akk rasa makcik adik tu × kan berdiam diri.adik mash bih berbaik2 dgn family mak cik adik tu tp kena btl2 berhati2.x mustahil niat diaorg nak suh suami adik tu kawin dgn ank dia akn diungkit semula.

Org mcm ni dia akn gunakan mcm2 cara utk tunaikan hajat di hati.Semoga adik terus berbahagia bersama suami kerana adik dah cukup menderita.

Isma Hamid, macam cerita drama tv. apa pun, semoga suhana fikir baik2. makan harta anak yatim pun dah berd0sa, hak kita pun dianiaya, lagi nak balas budi? tk d0sa rasanya jauhkan diri dari si penzaalim.

cukuplah doa dari jauh. tk perlu nak buat baik yg blh undang kecelakaan di kemudian hari ingat, kita bih memaafkan tapi jgn sesekali lupa akan setiap perkara g jadi.

perlu dijadikan pengajaran utk lebih berhati2. sekarang masa utk dapatkan bahagia awak semula….jaga diri sendiri, anak, suami dah cukup. knp perlu nak balik ke zaman derlta semula? biarlah Allah g balas segala2nya.

Doalah utk arwh mak & ayah. berbahagialah suhana dgn hidup awak sekarang…. manusia bIh bermuka2 kala ditimpa kesusahan.. drama tv pun dah byk bg pengajaran. percaya lah nasihat2 semua yg komen2 kat sini, ok

Sumber – Suhana via kuasaviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*