“Sudah Tanggal Tudung? Penampilan Natasha Hudson Dilihat tldak Bertudung…”

Penampilan terbaharu pelakon Natasha Hudson tldak berhijab dalam gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya semalam mengejutkan banyak pihak, terutama peminatnya.

Menerusi satu hantaran tersebut, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 39, memuat naik gambar dan video sedang menjalani aktiviti luncur air di Kuantan, Pahang.

Malah, Natasha dilihat tampil dengan imej tanpa hijab ketika hadir memberi sokongan terhadap Monsoon Wavescape Festival yang berlangsung di Pantai Pelindung, Kuantan baru-baru ini.

Dalam satu lagi hantaran gambar dan video yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi, Natasha dilihat memakai baju-T berwarna putih dan topi berwarna hitam menikmati keindahan pantai di Langkawi.

Sungguhpun begitu, tidak ada sebarang kenyataan daripada pihak Natasha berhubung imej terbaharunya itu, malah ruangan komen Instagramnya turut ditutup.

Perubahan imej Natasha mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini selain berhijab, bahkan pernah berniqab sekitar 2016.

Natasha bagaimanapun tampil dengan imej tldak berniqab selepas mendapat keizinan untuk membuka niqab daripada suami keempatnya, Noor Nashriq Sekarnor.

Untuk rekod, Natasha pernah berkahwin dan bercerai sebanyak empat kali. Perkahwinan pertamanya bersama Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 hanya bertahan selama empat bulan.

Diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 hanya bertahan selama dua tahun. Namun, menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena, 14.

Natasha kemudiannya berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza 15 April 2012. Menerusi perkahwinan bersama Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Khaleela, 9, dan Faatimah, 7. Pasangan ini bercerai pada 2018.
Natasha berkahwin kali keempat dengan seorang ahli perniagaan asal Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018, namun bercerai pada Oktober 2019.

Terdahulu pada Januari tahun lalu, Natasha turut mencetuskan kontroversi apabila mengenakan busana yang tidak selari dengan imej seorang muslimah dalam sebuah majlis pelancaran produk kacantikan.

Dalam acara tersebut, Natasha bukan sahaja menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu tetapi turut mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya.

Sumber : kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*