Amak lelaki

NEELOFA dilihat meninggalkan emoji bentuk budak lelaki pada ucapan terima kasih atas pemberian seorang peminat

SELAGI tiada berita kelahiran, selagi itulah cerita tentang kehamilan Neelofa terus menjadi bualan ramai.

Sekarang, bukan bab makanan yang hendak diberikan fokus tetapi mengenai emoji bayi lelaki yang digunakan bekas pengacara MeleTOP itu.

“Terima kasih @imanabdullah, sangat baik dan (emoji bayi lelaki) gembira dapat makanan sedap,” tulisnya.

Tidak dapat dipastikan sama ada memang benar dia hamil anak lelaki atau emoji tersebut digunakan secara rawak sahaja.

Bagi Mizz Lahar, tidak kisahlah lelaki atau pun perempuan, harap bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sihat dan selamat.

MIZZ LAHAR: Yang pasti nanti, anak Neelofa akan popular ada ada juta-juta pengikut macam maknya juga. Tk silap, terus ada jenama nama anak pula. Apa pun, kita tunggu, sebab janji Neelofa, bukan kehamilan tetapi kelahiran yang perlu dihebahkan.

Sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*