“Membuatkan Saya Terfiklr hal Anak…” Remy Ishak Buka Cerita S0al Anak Setelah Lima Bulan Berkahwin

LIMA bulan mendirikan rumahtangga, pelakon Remy Ishak berkata pertanyaan orang sekeliling tentang zuriat menyebabkan dia mula terfikir tentang cahaya mata.

Bagaimanapun, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 40, memberitahu dia dan isteri kini slbuk dengan kerjaya dan belum pernah berbincang soal anak.

“Apabila kembali bekerja, orang sekeliling mula bertanya dan membuatkan saya terfikir hal anak.

“Saya tanya kepada diri sendiri, slbuk sangat ke saya bekerja?
“Bagaimanapun saya dan isteri lebih fokus pada kerjaya masing-masing. Kami pun tk pernah bercakap tentang hal ini,” kata Remy kepada mStar.

Remy bernikah dengan ahli perniagaan Roszaliza Yusoff atau Ezza pada Ogos 2021.

Selain itu, Remy juga berkata, kesibukan bekerja juga menyebabkan mereka belum sempat berbulan madu. Malah perancangan untuk mengerjakan umrah turut tertangguh disebabkan beberapa kekangan.

“Selepas bernikah tak dapat nak honeymoon sebab ketika itu sekatan pergerakan ke luar negara. “Begitu juga dengan perancangan umrah. Awalnya nak ke sana tk boleh sebab belum lengkapVaksln.

“Sekarang perjalanan ke umrah kembali diskat. Kami juga slbuk dengan kerja. “Belum ada rezeki untuk honeymoon, umrah dan memilik cahaya mata,” ujarnya.

Remy bakal menjadi juri TMSM musim kedua.
Remy ditemui ketika majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia (TMSM) di VE Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Musim kedua ini Remy sekali lagi diberi tanggujawab sebagi juri bersama lapan orang selebriti lain.

“Gementar juga dipanggil untuk jadi juri musim kedua, tetapi melihat kepada musim pertama is satu program tang sangat seronok. Kami bagaikan satu keluarga.

“Rancangan ini wujudkan satu sisi lain dalam diri saya. Saya rasa lebih tenang, ceria dan suka untuk berkongsi,” jelasnya.

TMSM akan bersiaran setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 28 Januari di saluran Astro Warna HD.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*