“Saya seorang lelaki yang setia…isteri profesional…” LanSolo

Penyanyi Lan Solo menjelaskan babak berpegangan tangan dengan model wanita dalam video muzik single baharunya, 5 Kaki 4 Inci tidak seharusnya menjadi lsu memandangkan isterinya, Sheila Hassim memahami tuntutan kerja seorang suami.

Kata bekas vokalis Kristal itu, Sheila sedia maklum mengenai aksi romantis tersebut memandangkan dia juga turut berada di lokasi sewaktu penggambaran dilakukan di Kundasang, Sabah.

“Saya seorang lelaki yang setia. Bagi saya itu ialah tuntutan kerja dan dia (isteri) sangat profesional malah kami pun sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah.

“Sheila juga sudah faham dengan selok-belok industri seni dan tiada isu pun di situ sebab dia memahami kerja saya,” katanya kepada KosmoOnline pada majlis pelancaran video muzik 5 Kaki 4 Inci di Red Box, The Garden semalam.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim keempat itu juga tidak menafikan muncul perasaan risau berhubung pandangan pihak luar ketika melakonkan aksi tersebut.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Mohd Razlan Mohamed Yusof, 37 itu bersyukur kerana lagu yang terperap selama setahun akhirnya dapat diperdengarkan kepada umum. Istimewanya lagu tersebuu turut mengandungi hampir 20 peratus lirik dalam bahasa Dusun.

“Saya tidak risau mengenai babak tersebut tetapi bimbang dengan tanggapan orang luar yang menontonnya kerana akan disalahAnggap.

“Apapun alhamdulillah semua perancangan untuk lagu ini berjalan dengan baik dan video muzik ini juga telah dilancarkan secara rasmi selepas hampir setahun dalam simpanan,” katanya lagi.

 

Dalam video muzik tersebut, Ratu Cantik Kota Kinabalu 2019, Kerinah Mah berperanan sebagai wanita yang menjadi pasangan kepada Lan.

Sebagai info, 5 Kaki 4 Inci merupakan lagu hasil ciptaan Marsha Milan dan Velvet Aduk Lawrence.

Sumber : K ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*