“Saya tldak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah…” Aishah

Penyanyi bersuara emas, Aishah menzahirkan rasa teruja dan gembira apabila cahaya mata sulungnya, Armand menghadiahkan perhiasan tangan jenama Pandora pada ulang tahun kelahirannya yang ke-57.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Janji Manismu itu memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan hadiah perhiasan berkenaan tanda penghargaan buat anak kesayangannya.

Kongsi Aishah, sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri tldak pernah ‘dimanjakan’ dengan pemberian hadiah daripada orang tersayang.

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup, saya lah isteri yang membeli beras.

“Hadiah hari lahir daripada Armand buat mata mama dia masuk habuk. Tiga tahun lepas para peminat saya belikan Pandora rose gold. Kali ini dapat yang silver pula. Syukur,” katanya di Instagram.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan pujiaan buat anaknya itu selain mendoakan yang baik-baik buat penyanyi itu dan sekeluarga.

“Alahai, manisnya abang long. Besarnya hati seorang ibu. Semoga Allah memberkati dan merahmati adik sekeluarga InsyaAllah,” tulis seorang warganet.

“Anda seorang wanita yang kuat dan hebat. Maka, Allah menduga dengan semampu kita. semoga Pelangi tiba. Terus kuat dan sihat,” komen juga seorang warganet.

“Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki kakak,” komen lagi pengguna lain.

Sekadar informasi, pada 2017 penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.

Sekitar November tahun lalu, Aishah turut mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak empat bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*