“Terima Kasih Atas Jasa Mu” Jual Alphard & Jazz Syahmi Sazli Angkat Mercedez-Benz G-Class Sekali Tengok Harganya

“Selamat jalan Jazz & Alphard. Terima kasih atas jasa sebelum ini,” demikian kongsi YouTuber popular Syahmi Sazli di hantaran video Instagramnya terbaharu. Dalam video berkenaan, Syahmi akur untuk melepaskan dua buah kenderaan kesayangan yang banyak menyimpan nilai sentimental kepada pemilik baharu.

Malah, kereta jenis Honda Jazz berwarna kuning hitam itu juga antara kenderaan yang menjadi kesayangan dan punyai banyak kenangan buat isteri Syahmi, Nissa. Bagaimanapun, menerusi sepotong video di lG , Syahmi berkongsi pula kenderaan baharu miliknya yang dibeli bagi menggantikan dua buah kereta yang telah dijual itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Lebih mengancam dan seksi, model Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon itu berada di perkarangan kediaman Syahmi ketika ini, menandakan sudah menjadi miliknya. Dalam video terbabit, Syahmi telah melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukarkan rim, grill dan head lamp baharu terhadap kenderaan baharu miliknya itu.

Terdahulu, sekitar dua minggu lalu, Syahmi berkongsi sekeping foto berdiri bersebelahan G-Wagon hitam di sebuah kedai automotif. “Ai, rasa nak buat hadiah cabutan bertuah kereta ni pula,” tulisnya berseloroh.

Mercedes-Benz G Class merupakan kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapi dengan ciri-ciri mewah antaranya fungsi urutan pada kerusi hadapan, stereng 18 inci, kemasan kulit dan banyak lagi.

Antara selebriti terkenal yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz G Class ialah Ranbir Kapoor, Arnold Schwarzenegger dan Megan Fox. Berdasarkan carian kami di Internet, harga Mercedes-Benz G Class baharu berharga hampir RM1 juta, manakala untuk AMG G63 pula kira-kira RM1.4 juta.

Sumber : Gempak

Baru-baru ini, Syahmi telah tersenarai dalam top 5 Pelakon Lelaki Filem Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-34 dan kejutan itu pastinya membuatkan para peminat YouTuber berkenaan gembira walaupun tidak memenangi trofi.

Dia yang merupakan antara YouTuber paling berpengaruh di Malaysia sememangnya telah berjaya memperolehi hasil kerja kerasnya selama ini dan sangat bersyukur dengan rezeki yang diraih menerusi platform sosial media.

Buat ‘house tour’ rumah baru
Susulan daripada itu, Syahmi yang menetap di Kelantan telah pun berhasil membina sebuah rumah untuk ahli keluarganya. Jadi, menerusi Instagram selebriti tersebut, dia telah membuat ‘house tour’ sekitar rumah buat tatapan para peminat.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*