“Yang Penting Saya Fikir Untuk Diri Sendiri & Anak-Anak..” – Isteri Shvk Kehadiran Di MahkamahSyariah

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera atau Sera enggan berkongsi butiran susulan video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini, kelmarin.

Dalam video itu, turut kelihatan seorang lelaki yang didakwa Shuk duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki Sera. Sekali gus mencetus pelbagai teka-teki mengenai status hubungan mereka.

Bagaimanapun, Sera cuma berharap urusannya dipermudahkan dan tidak mahu berkongsi gerangan lelaki dalam video terbabit. “Mengenai saya ke mahkamah dan pergi dengan siapa, urusan itu biarlah saya saja yang tahu. Doakan semuanya baik-baik saja,” katanya.

Pergolakan rumah tangga Shuk dan Sera terus menjadi tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, Sera yang juga usahawan berusaha menghadapi kemelut melanda rumah tangganya itu dengan sebaik mungkin.

“Sesiapa yang diduga ujian macam ini, sudah tentu (terkesan mental dan fizikal). Kalau boleh biarlah saya dan Allah saja yang tahu bagaimanalah saya hadap.

“Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik. Yang paling penting, saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak,” katanya.

Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber : Hmtero

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*