“Svsahnya nak dapat awak ni..” Siti Elizad Tk Putvs Asa Buat lVR Kali Kedua Terima Banyak Ucapan Dari Peminat

Selepas lebih setahun merehatkan diri, pelakon Siti Elizad kembali menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Pelakon berusia 38 tahun itu berkongsi perkara tersebut menerusi satu posting video dalam Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Elizad, dia melakukan rawatan tersebut di lokasi sama serta membawa harapan yang sama selepas lapan tahun sabar menanti kehadiran zuriat tercinta.

 

“Susahnya nak dapat awak ni. Tempat yang sama, harapan yang sama. Insha-Allah soon, journey ke-2. Sedang memilih bulan yang sesuai dan tak busy. Check dinding rahim dulu pagi ni,” tulisnya yang juga penyampai radio Sinar.

Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan Elizad melakukan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT scan) selain mendengar perbincangan doktor demi memastikan rawatan berkenaan berjaya dengan izinNya. Alhamdulillah semua cantik.

Cuma belum ada rezeki. Rata-rata rakan artis dan pengikut menitipkan doa buat pelakon drama Hati Yang Dikhlanati itu agar proses IV berjalan dengan lancar dan dikurniakan cahaya mata pada masa akan datang. Moga dipermudahkan.

Moga dikurniakan zuriat soleh solehah

Moga doa2 diperkenankan

Terdahulu, Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin menjalani rawatan pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami kegvguran pada November tahun sama.

Sekadar info, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*