“Doakan Kami Juga…” Heliza Helmi & Suami Pertama Kali Tunai Umrah Bersama

Pelakon Datin Seri Heliza Helmi dan suami Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Menerusi laman sosial Instagram, Mahadi sempat berkongsi sekeping foto dia dah isteri di hadapan pintu pesawat untuk tatapan umum.

Dalam pada itu, Mahadi turut memohon doa orang ramai agar perjalanan mereka menunaikan umrah dan menziarahi Madinah dipermudahkan. “Doakan kami. Subhanalladzi sakharalana hadha wa ma kunna lahu muqrinin. Wa inna ila rabbina la munqalibbun.

“Kami akan menunaikan ibadah umrah Insyallah. Ampa yang nak tulis doa, kami akan bacakan bila sampai sana Insyallah. Jangan lupa doakan kami juga ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke laman Instagram Heliza, kunjungan mereka sudah tiba di Madinah dan banyak tempat-tempat bersejarah diterokai oleh rombongan mereka. Malah, adik Heliza, Hazwani Helmi turut menyertai perjalanan umrah kali ini.

Sementara itu di ruangan komen Instagram Mahadi, is dihujani dengan doa-doa yang dititip kepada pasangan tersebut untuk di baca dihadapan Kaabah kelak. Tidak kurang juga mereka yang memberikan kata-kata positif agar pemergian pasangan tersebut ke tanah suci Makkah dilindungi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka dan 2,500 komen daripada pengikutnya.

Sekadar info, Heliza, 36, kini bergelar isteri kepada Mahadi dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 1 Januari lalu.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*