“Pengalaman lalu mematangkan, yakin suami pilihan terbaik..” Natasha Hudson Kahwin Kali Kelima

DALAM diam-diam pelakon Natasha Hudson kembali bergelar isteri apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya dikenali sebagai Jay Jasmin. Pasangan ini disatukan sebagai suami isteri di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor pada Ahad.

Bersyukur hubungan itu berakhir di jenjang pelamin, Natasha, 39, berkata dia memilih Jay sebagai pasangan hidup kerana mereka berkongsi banyak persamaan.

Sedondon mengenakan busana berwarna peach, Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson tersenyum manis di sisi suami.

Entri tersebut turut dipenuhi dengan ucapan daripada kenalan rapat yang mendoakan agar mahligai yang dibina ini berkekalan hingga akhir hayat.

Sementara itu, adik kepada Natasha iaitu Tania Hudson turut berkongsi gambar kakak dan abang iparnya di Instagram (IG). Dengan ucapan ringkas, Tania mengucapkan tahniah kepada pasangan dua sejoli itu.

Sarah Suhairi (tiga dari kanan) antara rakan antis hadir di majlis resepsi pasangan ini.
Sejak perkenalan itu, pelakon drama Pulau ini kerap berkongsi beberapa foto dan video melakukan aktiviti riadah bersama di Instastory.

Dalam pada itu, Natasha turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk perkahwinannya kali ini. “Untuk kali ini, saya minta semua orang mendoakan kesejahteraan rumah tangga dan kebahagiaan hati kami berdua dalam melayari bahtera kehidupan ini bersama.
“Doakanlah Allah bantu bimbing dan memberkati perjalanan perhubungan kami ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Natasha berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih, namun rumah tangga mereka hanya bertahan empat bulan pada 2006.

Kemudian, perkahwinan bersama Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 juga tidak berpanjangan apabila hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan keduanya itu, Natasha dan Shahrin dikurniakan seorang anak perempuan, Neesa Helena.

Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada 15 April 2012 buat kali ketiga. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah.

Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercerai dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun 2019.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*