“Saya Terima Rezeki..” Tegar nak bina rumah baharu guna duit Rm10k BigStage2022 Demi Isteri & Anak

MEMBINA rumah baharu dan mengusahakan perniagaan makanan secara kecil-kecilan adalah keutamaan penyanyi dari seberang, Tegar Septian setelah selesai Big Stage 2022. Ujar Tegar, 22, dia mahu membelanjakan wang kemenangan RM10,000 untuk menyara keluarganya di Indonesia.

“Apabila bertanding mesti mahu menang, tetapi saya tidak terlalu meletakkan harapan ke arah itu. Saya terima rezeki yang telah diberikan ini. “Wang kemenangan ini akan saya gunakan untuk membina rumah baharu dan membuka perniagaan… mungkin berniaga makanan. ”

Tegar jadi penyanyi jalanan untuk mencari rezeki buat keluarga. “Selain itu saya mahu beli keperluan untuk berkarya seperti sebuah gitar baharu,” katanya kepada mStar. Big Stage 2022 menyaksikan Tegar menduduki tempat kelima program nyanyian tersebut.

Sepanjang lapan minggu berjuang di pentas Big Stage 2022, Tegar akui banyak menimba pengalaman dan sedikit sebanyak mengubah hidupnya. “Kalau dahulu saya lebih santai sahaja tetapi sekarang is mengajar saya untuk bekerja lebih gigih dengan kemampuan yang dimiliki. “Selain itu saya juga banyak belajar tentang teknik vokal,” ujarnya.

Berduet bersama Sufi Rashid di konsert akhir Big Stage. Dalam pada itu Tegar berkata walaupun bergelar artis rakaman, dia tidak merasa malu untuk kembali menjadi penyanyi jalanan seperti mana yang pernah dia lakukan sebelum popular dahulu.

Jelasnya, menyanyi di jalanan juga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki mengikut kernampuannya.

Tegar tidak kisah untuk menjadi penghibur jalanan demi mencari rezeki. “Bergantung kepada pandangan setiap orang tentang penyanyi jalanan. Bagi saya is satu pekerjaan kerana dapat membantu mencari wang untuk membeli makanan.

“Ketika kita sedang berhadapan dengan Cvldl9, susah untuk menerima undangan menyanyi. “Jadi saya tidak malu untuk menjadi penyanyi jalanan demi mencari rezeki,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*