“Nasib Baik Bkan Baby Boy…” Raja Ilya kongsi Teruja Umum Jantlna Bayi

Pelakon Raja Ilya teruja apabila mengumumkan dia dan suami, Trent Garret bakal menimang cahata mats perempuan.  Acara ‘gender reveal’ secara ringkas dan sederhana itu diadakan bersama keluarga mentuanya di Australia.

“Wow sangat excited (teruja). Memang nak sangat bayi perempuan sebagai anak pertama. “Bolehlah melaram sekali nanti. Syukur alhamdulillah. Dia tahu yang terbaik buat kami,” tulisnya. Ilya berkongsi rakaman video yang mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

Menerusi rakaman video itu menunjukkan suaminya serta ahli keluarga mentuanya memotong kek berwarna coklat yang mempunyai krim berwarna merah jambu di tengah-tengah lapissnnya.
Garret yang memotong kek itu mengesahkan bayi dalam kandungan isterinya sebagai perempuan.

“Ia merah jambu. Maksudnya, bayi le…, maaf, perempuan,” kata Garret dalam video berkenaan. Sementara itu Ilya turut memberitahu dia sememangnya mengharapkan kehadiran bayi perempuan dalam keluarga. “Allah tahu yang terbaik untuk kami. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki.

“Sebelah (keluarga) Garret pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga,” tulisnya lagi. Ilya yang menetap di negara kelahiran suaminya, Australia sejak 2019 turut mengucapkan terima kasih atas doa pengikutnya yang rata-rata berharap bayi yang bakal dilahirkan itu nanti dalam keadaan sihat.

“Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua. Paling penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya,” katanya lagi.

Terdahulu, Ilya mengumumkan dirinya hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki lima bulan. Dia dijangka bersalin sekitar nanti. Untuk rekod, Ilya clan Garret melangsungkan pernikahan pada 23 Disember 2018.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*