Flrst Ramadan Shuib Tanpa Siti Sarah, Anak Jd Kekuatan Tp Reaksi Matin Tahan Lapar Lawak Habis

Usahawan dan pelawak, Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata. Suami kepada Allhyarhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP.

Selepas hampir 8 bulan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, ini merupakan Ramadan pertama disambut Shuib tanpa isteri di sampingnya. Pelawak dan usahawan tersebut tak menafikan pengalaman berpuasa kali ini terasa `susah’ untuk dilalui berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Bulan puasa ni lebih kepada anak-anak, nak makan apa saya sediakan…diaorang yang lebih excited nak puasa. Namun di sebalik kerinduan terhadap Allahyarhamah, Shuib akui bulan Ramadan tahun ini banyak diutamakan kepada anak-anaknya.

“Bila benda yang pertama kali, macam susah nak lalui. Mula-mula itu hari, birthday (pertama kali selepas pemergiaan isteri), lepas tu ulang tahun perkahwinan kami.

“Sekarang puasa nanti nak lalu raya… itulah dia. Kena lalu, kena hadap. Kita orang lelaki…ada naik, turun. Lepas tu ada masanya kita rasa diri ini kuat betul. Ada masa kita rasa selemah-lemahnya.

“Rasa tak ada apa, sebab itu kita punya soulmate dan sahabat baik. Tapi itulah bila Allah hantar ujian, Dia akan bantu. Pasti dan pasti. Perkara itu boleh nampak pada anak-anak. Mereka punya kekuatan itu luar biasa,” katanya lagi

Malah dia juga kagum dengan kekuatan mereka yang Iebih teruja menyambut bulan puasa. Justeru, pelawak berusia 38 tahun itu akan penuhkan apa saja juadah permintaan Uwais, Talita dan Matin untuk berbuka puasa.

Matin tengok je makanan…besok Matin pengsan. Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi ragam anak-anaknya selepas bertandang ke sebuah bazaar Ramadan pada hari ke-2 puasa yang lalu. Dalam keadaan lemah dan lesu, anak ketiganya menjawab perlahan mampu tengok saja makanan yang dibeli kerana belum masuk waktu Maghrib lagi. Tak cukup dengan itu, Matin malah sempat berseloroh bahawa esok dirinya akan pengsan.

Betul tak kuat puasa ni, jangan pengsan Matin… kelakarlah macam Daddy dia
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netlzen terhibur dengan ayat spontan diucapkan oleh Ariq Matin ketika menjawab soalan ayahnya. Dalam pada itu, mereka juga berseloroh bahawa dia mungkin boleh ikut jejak Shuib manjadi seorang pelawak apabila sudah dewasa nanti.

Sumber : MH & tlk tok ibusofea

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*