“Ini yg sepatutnya..” Netlzen setuju, gara2 tangki minyak kurang, 55 kenderaan Singapura diarah patah balik

Sejak sempadan darat Malaysia dan Singapura dibuka pada 1 April lalu, tular beberapa keping gambar memaparkan segelintir pemandu Kota Singa mengisi petrol bersubsidi lebih murah di negara ini.

Menurut laporan CNA, setakat Ahad lalu, sebanyak 55 kenderaan diarah berpatah balik di pusat pemeriksaan sempadan kerana tidak mematuhi peraturan jumlah tiga perempat tangki bahan api sebelum memasuki Malaysia.

Memetik laporan Mothership pula, undang-undang kastam Singapura menetapkan bahawa pemandu yang melnggar peraturan itu boleh dikenakan denda sebanyak S$500 (RM1,554) atau dibicarakan di mahkamah.

Namun begitu, rata-rata ‘memilih’ berdepan hukuman ringan dimana terpaksa melakukan pusingan U sekiranya didapati melakukan kesalahan berhubung peraturan tersebut.

Difahamkan, peraturan tangki tiga suku itu adalah bagi mengehadkan jumlah bahan api dalam kenderaan berdaftar Singapura untuk mengisi minyak di Malaysia.

Sementara itu, KPDNHEP Johor Bahru telah menjalankan pemantauan di stesen minyak sepanjang Lingkaran Dalam, Jalan Tampoi, Senai dan Kulai.

Pemantauan rutin ini dijalankan bagi memastikan kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak menyalahguna petrol RON95.

“Sebanyak 10 stesen minyak telah diperiksa bermula dari 9.00 malam melibatkan pelbagai jenama stesen minyak.

“Selain daripada membuat peringatan kepada pekerja di stesen minyak, teguran juga diberikan kepada pemilik kenderaan bernombor pendaftaran negara asing agar tidak membeli RON95,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebelum ini, Ketika pintu sempadan Malaysia-Singapura dibuka kembali pada 1 April, isu lama yang membangkitkan kemarahan pihak berkuasa dan rakyat Malaysia timbul kembali – pemandu Singapura membeli petrol bersubsidi negara ini yang lebih murah.

Bloomberg melaporkan, penguat kuasa di Malaysia berikrar lebih berhati-hati dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha runcit bahan api yang ditangkap menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan dari negara luar.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*