Zoey Harap Wanita Tk Takvt Untuk Berkawan Dengannya

Sebelum ini, pelakon baru Shakira Stephen dedahkan pernah berasa tersisih apabila kawan rapatnya iaitu Zoey Rahman menjalinkan hubungan dengan artis sensasi, Zarina Anjoulie. Meskipun tidak diketahui apakah kesudahan hubungan mereka, namun ujarnya sejak akhir-akhir ini Zoey kembali mendekati dirinya.

Kami memang rapat…selalu pergi makan-makan, hang out& luah perasaan. Memetik portal Harian Metro baru-baru ini, Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman akui kini memang rapat dengan pelakon filem ‘GiIa Gustl’ tersebut namun hubungan mereka hanyalah sebagai kawan. Di samping pergi makan atau keluar luangkan masa bersama, Shakira Stephen juga menjadi pendengar setia untuknya meluahkan perasaan.

Lepas program ‘On Air’ kami l0st contact… tapi baru-baru ini terjumpa balik
Terdahulu, Zoey Rahman mula mengenali aktres berusia 26 tahun berkenaan semasa masing-masing menyertai program ‘On Air’ yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi sekitar 4 tahun lepas. Meskipun pernah terputus hubungan, tetapi bagai telah ditakdirkan baru-baru ini dia akhirnya bertemu dengan Shakira Stephen kembali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZOEY RAHMAN (@zoeyrahman)

“Kami kawan dan kenal masa dia menyertai program On Air kendalian Pak Nil (Datuk Aznil). Selepas itu, kami ‘l0st contact’ dan baru-baru ini jumpa balik. Saya terkejut juga baca artikel di Harian Metro.”

Kalau dia jodoh, saya terima seadanya… saya bukan buaya, wanita di luar sana jangan takut berkawan. Apabila disoal jika BFF kali ini mungkin jodoh yang tepat bagi dirinya, Zoey Rahman tidak menolak. Hal ini kerana, Shakira disifatkan sebagai wanita yang peramah, jujur serta sopan santun budi pekertinya.

Dalam pada itu, bekas hos `Gerak-Geri Gasing’ ini berharap wanita di luar sana takut untuk berkawan dengannya susulan ada netizen yang melabelnya sebagai `buaya darat’. Sebelum ini, Zoey pernah melalui banyak siri `teman tapi mesra’ dengan beberapa selebriti wanita termasuklah Siti Nordiana dan Zarina Anjoulie.

“Kalau dia jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan sopan santun. Saya okey kalau memang ada jodoh. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar.

“Hingga ada yang komen saya ‘buaya’. Saya bukan ‘buaya’. Saya lelaki baik. Wanita di luar sana jangan takvt berkawan dengan saya.’

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*