“Permulaannya Memang Kita…” Meski Kini Hidup Harmoni Bersama Madu, Zarina Zainuddin Kongsi Kisah P0Iigami

Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi pendapat serta pengalamannya yang kini menjalani kehidupan berpoligami dalam rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar.

Zarina berkata, poligami bukan hanya sekadar berkongsi kasih sayang seorang suami semata-mata.
“Bagi saya, apabila kita bercakap tentang berkongsi kasih ini sebenarnya bukan hanya sekadar berkongsi. Tetapi is lebih kepada untuk kita menjaga antara satu sama lain,” katanya.

Ketika fasa awal perkahwinan, Zarina mengakui dia kurang memahami sikap serta pendirian suaminya yang terlalu menyayangi isteri pertamanya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.

“Bila kita nak merebut kasih sayang dari seseorang, apa yang saya lihat pada diri suami saya dia sangat mengasihi isterinya.

Ketika di permulaan perkahwinan saya dulu ada sedikit gagal sebab saya tidak berjaya untuk memahami suami saya sebelum ini.

“Apabila saya masuk dalam hidup dia, pada ketika itu dia sudah memiliki segala-galanya dan susah senang dia bersama dengan isteri pertama.

“Jadi mesti isteri pertama akan rasa macam apa yang kita nak sebenarnya daripada dia (suami). Bila kita kurang memahami, lama-kelamaan saya pun mula belajar untuk memahami bahawa suami saya amat menyayangi isterinya.

“Oleh itu, saya kena curl hati isteri dia, belajar menyayangi isteri dia lama-lama suami akan bukakan pintu hati dia untuk kita,” katanya lagi.

Meski kini hidup bahagia dan harmoni bersama, Zarina tidak menafikan untuk berkongsi kasih dengan suami orang bukan satu perkara yang mudah dan harus berdepan pelbagai cabaran.

“Dalam p0ligami ni, pada permulaannya memang kita tidak akan dapat benda yang betul-betul indah. Kita kena Ialui, tempuh dengan pelbagai cabaran, perbalahan dan sebagainya.

“Kita kena terima untuk Ialui benda yang pahlt dulu baru benda yang manis itu kita akan dapat,” Iuahnya lagi.

Pelakon berusia 51 tahun ini telah berkongsi hal tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat.

Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*