“Dlsyurga kelak nya paling cantik..” Memiliki Wajah Istimewa, Netizen Titip Doa Agar Dipermudahkan Urusan Bayi Tvlar

Setiap manusia yang dilahirkan ke atas muka bumi ini memiliki keistimewaan tersendiri dan nampak berbeza di mata orang ramai. Namun sebagai ibu bapa, kita perlu tabah menghadapi segala ujian yang diberikan.

Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Rabiatul Adawiyah Samad di Facebook, dia meluahkan rasa teruja apabila dapat berjumpa serta mendukung seorang bayi perempuan yang tular di media sosial sebelum ini kerana memiliki bulu yang sangat lebat pada wajah dan badannya.

Pergi Hospital bawa Zayyan untuk check-up. Terjumpa baby viral yang comel ni.
Wanita berkenaan berharap agar kedua-dua ibu bapa bayi itu sentiasa kuat menghadapi ujian yang diberikan di dunia ini. Malah, dia juga berharap bayi berkenaan dapat membesar dengan ceria dan kuat untuk menghadapi cabaran dunia akan datang.

Tuhan uji mak bapanya kerana tuhan sayang, tuhan uji kerana tahu mak bapa dia pasti ikhlas menerima kelebihannya.

Semoga dah besar nanti dia diberi kekuatan untuk menghadapi dunia mendatang. Faham-faham lah zaman sekarang ni mulut orang macam mana. Semoga mental dan fizikal dia kuat.
Ujarnya lagi, meskipun bayi tersebut memiliki keistimewaan sebegitu, namun kanak-kanak itu tetap comel di matanya.

Sejam kami bermain, bersua dan berkenalan. Pandai dia pilih tangan. Sampai kita berjumpa lagi sayang. Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memuat naik video dia meluangkan masa bersama bayi berkenaan di Tlk Tok. Video berdurasi 20 saat itu meraih lebih tujuh juta tontonan dan mendapat lebih 660 ribu tanda suka di Tlk Tok.

Ibu bapa yang diuji dengan anak istimewa ini anda sepatutnya rasa bertuah. Memang agak berat ujlan ini kerana nak membesarkannya bukanlah mudah. Perlu ada pengorbanan masa dan tenaga. Bagaimanapun, ingatlah pasangan yang mempunyai anak istimewa ini sebenarnya tiket untuk ibu ayah ke syurga. Pegang yang ni, insya-Allah hati akan tenang.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*