“Rupa mak macam kakak je..” Mula kahwin target ank 4Orang je, Sbb suami rajin urus rumah isteri bagi 7

Hakikatnya, ada pasangan suami isteri di luar sana yang mudah sangat dapat anak. Kata orang dulu-dulu, pantang sentuh mesti lekat. Tak dinafikan, confirm risau memikirkan faktor ekonomi keluarga mungkin boleh terjejas bila anak semakin berderet.

Akan tetapi sekiranya amanah Allah dijaga dengan betul, setiap zuriat pasti akan hadir dengan rezeki masing-masing.Kahwin umur 16 tahun…suami target nak 4 orang anak je. Samalah dengan kisah keluarga bahagia yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Terdahulu, wanita bernama Akma Abdullah berkahwin dengan pasangan hidupnya ketika di usia 16 tahun lagi. Malah sewaktu awal pernikahan mereka, suaminya pernah melafazkan harapan untuk menimang 4 orang cahaya mata saja iaitu 2 pasang anak lelaki dan perempuan.

Sorry abang terlajak sampai 7 Pula… mungkin sebab dapat suami rajin tolong uruskan rumah tangga, so tak serik beranak. Namun selepas lebih 15 tahun melayari alam rumah tangga bersama, siapa sangka mereka kini akhirnya dikurniakan seramai 7 orang cahaya mata.

Malah Akma mengaku bahawa dirinya yang mahukan anak ramai, atas berkat rezeki dapat suami rajin menguruskan rumah tangga juga. Meskipun sudah berasa serik selepas Czer anak ke-7 serta siap request nak `ikat, tetapi doktor tidak sarankan dengan alasan dirinya masih muda lagi.

Anak ramai tapi maknya maintain cantik, macam adik-beradik dah…seronok dapat suami jenis membantu ni. Meskipun sudah beranak ramai, rata-rata netizen tetap memuji wanita berkenaan kerana tetap pandai menjaga penampilannya sehinggakan disangka kakak kepada anak-anaknya.

Dalam pada itu, mereka turut akui itulah antara rezeki seorang isteri apabila dapat suami yang tepat serta ringan tulang bantu uruskan hal rumah tangga.

Sumber : viralnewsupdates

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*