“Ni langsir ke..keslan orang belakang..” Netlzen keIiru lihat telekung Nora Danish

Sepanjang bulan Ramadan, warganet dapat melihat segelintir golongan selebriti bermuhasabah diri dengan melakukan amalan kebaikan dan memuat naik foto kurang mengundang cercaan orang ramai.

Begitu juga dengan pelakon popular, Nora Danish apabila berkongsi foto di laman Instagram yang memaparkan seorang individu mengenakan telekung hitam bagi menunaikan solat. Bagaimanapun, saiz telekung dipakai individu berkenaan menjadi perbualan netizen yang dikatakan terlalu panjang seolah-olah seperti sepasang kain langsir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Danish Nora (@noradanish)

Malah, segelintir netizen juga sengaja mengusik dengan menyamakan telekung tersebut seperti salah satu watak popular DC Comics iaitu Batman.

Telekung ke batman

Macam langsir pun ada

Telekung biasa pun terpijak, lagi la macam ni

Difahamkan, ramai menyangka individu itu ialah Nora tetapi jika diperhatikan, sosok tersebut dipercayai adalah kakaknya Rozy Danish berdasarkan ‘tag’ akaun Instagram yang diletakkan pada foto berkenaan.

Sekadar info, pelakon berusia 40 tahun itu sudah dua kali berjaya khatam al-Quran pada bulan Ramadan sejak 2020 yang pasti menjadi pencapaian manis buat dirinya bagi bergelar Muslim sejati.

“Saya pilih menyerap aura positif, negatif pula tolak ketepi. Seperti berjaya khatam al-Quran, ia bermula melihat kejayaan Elizad dan saya terpanggil melakukan perkara yang sama,” katanya.

Pelakon filem Aku Terima Nikahnya dan Bukan Cinta Malaikat berkata, dia bersyukur berjaya menghabiskan bacaan al-Quran kali ini. Bagi Nora, proses khatam al-Quran tidak semudah yang difikirkan.

“Mungkin mudah bagi orang lain, tetapi tidak bagi saya. Niat mahu khatam al-Quran sudah bertahun tersekat, selain terbatas dengan kesibukan kerja. Akhirnya saya berjaya menghabiskannya.

“Bayangkan, tempoh PKP inilah terdetik dan tergerak hati nak cari pen al-Quran digital yang dihadiahkan Pencetus Ummah, Hafiz kepada anak saya, Putra Rayqal Ramli. Masa itu, saya hanya mahu memastikan Rayqal terus mengaji kerana bimbang dia terlupa sekiranya berhenti.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*