Zaman glamor saya dah berlalu… Shaheizy Sam tk kisah berniaga di bazar jumpa peminat

PERNAH bergelar bintang paling popular di era kegemilangannya, pelakon Shaheizy Sam mengakui dia tidak berasa malu untuk turun padang meniaga di kawasan tumpuan awam seperti di bazar Aidilfitri.

Menurut Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, dia menganggap zaman glamornya sudah lama berlalu dan kini semakin serius dalam bidang perniagaan. “Fasa glamor untuk saya dah berlalu… bila saya turun padang (meniaga di bazar), ia bukan tentang saya, sebaliknya ia mengenai pembeli dan peminat yang selama ini sentiasa menyokong produk saya.

“Sekarang ini bukan fasal status, kalau saya seorang yang jaga status sudah tentu saya hanya akan turun event yang diadakan di hotel sahaja.

Sam dan Syatilla kini aktif dalam bidang perniagaan. “Bagi saya, power (popular dan terkenal) macam mana pun, mati nanti jadi tanah juga, orang lain juga yang turun liang tanamkan kita,” katanya kepada mStar.

Sam ditemui pada majlis perasmian vendor raya Aidilfitri Gelek Raya 2021 yang diadakan di Aeon Big, Seksyen 23, Shah Alam, baru-baru ini.

Pelakon filem blokbuster Polis Evo ini juga berkata dia masih berpegang teguh dengan pendirian untuk mengambil tawaran satu atau dua filem sahaja setahun bagi mengekalkan ‘branding’ namanya.

“Saya sekarang memang fokus untuk berlakon satu atau paling banyak pun dua filem sahaja dalam setahun. “Bukan apa, bila saya terlalu kerap berlakon macam tahun 2013 dulu, dia dah jadi macam tak ikhlas nak berlakon sebab saya buat benda yang sama, skrip yang sama… dia seolah macam tiada cabaran.

“Bila kita buat kerja tak ikhlas, kita buat kerja pun ala kadar sahaja (saya tidak mahu jadi begitu),” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*