“Ada pelanggan yang ambil kesempatan..” Nak berlaku adil, ChefAmmar buat ‘peraturan’ baru

Nama tukang masak , Chef Ammar Ali sejak kebelakangan ini kerap disebut-sebut susulan beberapa isu vlral berkenaan perniagaan Nasi Arabnya di Bazar Ramadan Shah Alam.

Pada awalnya, Nasi Arab yang dijual telah disifatkan sebagai ‘ceklk dar,ah’ oleh sesetengah netizen kerana mahal tldak padan dengan kuantiti.

Namun, ia disangkal oleh tukang masak tersebut dengan mengatakan yang dia telah menggunakan bahan masakan yang berkualiti tinggi.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Beberapa insiden lain seperti pembeli mengamvk kerana tidak dapat membeli Nasi Arab susulan ia habis lebih awal walaupun ada yang telah beratur hampir 3 jam demi mendapatkan juadah tersebut untuk berbuka puasa turut tular di media sosial.

Akan ada peraturan baru. Setelah mendapat banyak rungvtan daripada para pembeli, akhirnya Chef Ammar tampil memberikan ‘peraturan’ baru buat mereka yang ingin merasai sendiri Nasi Arab dari resepi keluarganya itu bagi mengurangkan masalah sama berulang.

Menerusi laporan dari Mstar, Chef Ammar memaklumkan bermula Rabu, setiap orang dihadkan untuk membeli 4 set sahaja.

“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.

“Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.

“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” ujarnya.

Bagi memudahkan orang ramai mengetahui ‘peraturan’ baru itu, dia dan staf akan memasang banner memaklumkan hal tersebut agar orang ramai boleh merancang pembelian mereka.

Ramai yang beri cadangan. Dalam pada itu, Chef Ammar mengakui ramai yang telah memberikan cadangan untuk mengatasi masalah itu melihat daripada beberapa inslden yang tular sebelum ini.

“Ya saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja.

“Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonald’s. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat.

“Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan.”

“Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula… semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak,” terangnya lagi.

Tambah tukang masak itu lagi, pihak mereka juga turut mengadakan express lane buat ibu-ibu hamil dan juga warga emas selain menambah juruwang untuk memastikan pembelian berjalan dengan pantas dan mudah.

“Sudah empat tahun kami buat express lane. Tapi ada yang ambil kesempatan. Kami cuba berlaku adil, tapi pelanggan juga kena sama-sama bekerjasama.

“Kemudian, ada juga pelanggan yang kurang bersedia. Bila sampai cashier, baru fikir nak beli apa, tanya menu sedangkan kita jual dua item sahaja. Bila macam ni, jadi lama. Kalau boleh kita nak servis secepat mungkin untuk jimatkan masa.

“Bagi saya, kita kena educate sikap masing-masing. Kami cuba berlaku adil, maka pelanggan juga harus adil sesama mereka. Makanan ini bukan untuk sesetengah orang, tapi kami buat untuk semua. Kami cuba beri yang terbaik di samping kekalkan kualiti,” katanya.

Walau bagaimanapun, menerusi sumber lagi, Chef Ammar telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong perniagaannya sejak dari awal lagi. Dia juga turut menghargai semua kata-kata semangat yang diberikan ketika dia menerima kecaman.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*