TMJ Jumpa Rina, Minta arahkan tutup pusat kebajikan ‘har4m’

Susulan tular kes penderaan kanak-kanak kelainan upaya (OKU), Bella sehingga mendapat perhatian ramai pihak, termasuklah keluarga kerabat Diraja Johor.

Ini dapat dilihat sejak beberapa hari yang lalu, tular di media sosial berkenaan titah rasmi Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim berkenaan kes penderaan remaja sindrom down, adik Bella yang dipercayai dilakukan pengasas Rumah Bonda.

Bukan itu sahaja, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan beliau akan menghadap baginda pada hari ini bagi membincangkan perkembangan ke,s tersebut.

Tunku Ismail cadang pindaan Akta Kanak-Kanak 2001. Hasil daripada pertemuan dan perbincangan yang berlangsung pada petang tadi, Tunku Ismail mencadangkan undang-undang semasa bagi Akta Kanak-Kanak 2001 segera dipinda.

Ini adalah bagi memastikan k,es pende,raan mngsa slndrom down seperti BeIIa tidak akan berulang kembali pada masa akan datang.

“Penambahbaikan undang-undang semasa seperti Akta Kanak-Kanak 2001 perlu dilakukan dengan segera, di mana ia haruslah merangkumi aspek pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak, akreditasi, penilaian, pembiayaan dan pemantauan.

Titah baginda, tindakan ini adalah untuk memastikan semua pengendali beroperasi secara sah dengan cara pelaksanaan khidmat awam.

Difahamkan, cadangan tersebut hasil daripada buah fikiran baginda selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Wakil Pertubuhan Antarabangsa UNICEF ke Malaysia, Amanda Bissex di Royal Johor Club.

JKM perlu audit semua pusat jagaan kanak-kanak. Selain itu, Tunku Ismail menyarankan dua cadangan yang bersesuai bagi meningkatkan tahap kawalan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang mendiami rumah lindungan.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengaudit semua pusat jagaan kanak-kanak sedia ada yang diluluskan,” titahnya. TMJ arah tutup pusat kebajikan ‘haram’.

Di samping itu, baginda mengarahkan kepada pihak berkuasa untuk segera menutup mana-mana pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar atau beroperasi secara haram di Johor dengan serta-merta tanpa berkrompomi dengan mana-mana pihak.

“Tindakan undang-undang juga harus diambil terhadap pengusaha atau pemilik mana-mana pertubuhan yang dijalankan secara haram,” katanya.

TMJ cadang kerajaan buat kajian mengenai syarat pusat jagaan kanak-kanak
Seterusnya, Tunku Ismail turut mencadangkan kepada pihak kerajaan agar segera membuat kajian mengenai syarat bagi menjalankan operasi pusat jagaan kanak-kanak.

Dan, berhasrat ia diaplikasikan pada pusat jagaan kanak-kanak di Negeri Johor. “Kajian ini harus bersama-sama dengan garis panduan daripada UNICEF dan institusi-institusi bebas lain. Hasil kajian tersebut didedahkan kepada umum dan saya akan memastikan cadangan penambahbaikan ini diambil serius dan dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga menegaskan bahawa kebajikan kanak-kanak, terutamanya penghuni di rumah perlindungan tersebut yang hendaklah sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*