“Kekal Kuat Abang Lan..” Datuk Nora tldak putus menitipkan d0a buat Roslan Aziz

Penyanyi, Datuk Nora menitipkan doa dan ucapan kepada produser dan penerbit terkenal industri hiburan negara, Roslan Aziz menerusi muatnaik terkininya di Instagram.

Doa Agar Roslan Kekal Kuat. Menerusi hantaran Nora di media sosialnya, penyanyi bersuara emas ini meluahkan rasa terkejut dan sedih mendapat perkhabaran bahawa produser terkenal tersebut kini sedang bertarvng ny4wa mel4wan k4nser yang dihadapinya.

“Tolong kekal kuat abang Lan. ROSALN AZIZ adalah figura yang telah menggabungkan saya dan Dato Sheila Majid dalam lagu JENTAYU.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Saya tumpang sedih dan terpanggil bila mendapat tahu abang Lan sedang diuji dengan kanser. Allahuakbar. Abang Lan banyak berjasa pada industri dan artis-artis hebat yang mungkin ramai tak tahu.” titipnya.

Dedah Orang Kuat Disebalik Lagu Jentayu. Mengimbau kembali disebalik pembikinan lagu popular Jentayu yang pernah memenangi Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1996 itu, Nora mendedahkan Roslan merupakan produser bagi lagu tersebut dan oleh kerana idea kreatif Roslan, Nora berpeluang berduet bersama Dato Sheila Majid.

“JENTAYU sebuah lagu yang pernah memenangi beberapa anugerah besar di AIM 1996. Ramai yang tahu kejayaan dan kehebatan lagu JENTAYU, nyanyian duet saya bersama Dato Sheila Majid dan arwah Johan Nawawi, ciptaan arwah Johan Nawawi dan lirik oleh ayahanda Dato Dr Usman Awang.

Hebat lagu ni. Tapi mungkin ramai yang tak tahu, ini adalah hasil idea kreatif dari saudara Roslan Aziz dan Johan Nawawi.

ROSLAN AZIZ adalah produser untuk lagu ini. Kalau tak kerana idea Roslan Aziz, tak mungkin saya dapat berduet dengan Dato Sheila Majid. Dia juga merupakan figura yang sangat hebat, disegani dan dihormati oleh arwah Johan dan semua rakan-rakan industri.” tulisnya
Arwah Suami Sangat Menghormati Roslan

Dalam pada itu, Nora juga berkongsi bahawa arwah suaminya komposer, Johan Nawawi sangat menghormati Roslan dan mengagumi produser berbakat tersebut. “Arwh Johan cukup hormat dengan Roslan” dedahnya

Di akhir penulisannya, Nora tidak putus menitipkan doa agar produser berbakat ini kekal kuat melawan penyaklt yang dihadapinya dan kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*