“Ramai sangat ni..” Tahanan lari aklbat rvsuhan di Depot lmigresen Sungai Baka, Rupa ini yang berlaku

Seramai 527 tahanan warga asing di Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap, di sini dipercayai melarikan diri hari ini.

Difahamkan tahanan berkenaan meloloskan diri dari depoh berkenaan dalam rusuhan kecil kira-kira 4.20 pagi tadi.

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang dirakam melarikan diri Depoh Sementara Imigresen Sungai Bakap.

Bagaimanapun, kira-kira 100 tahanan dikatakan berjaya ditahan berdekatan Lebuh Raya Utara-Selatan di sini setakat ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain dijangka mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.

 

Polis bersama agensi berkaitan kini berusaha mengesan baki 205 tahanan etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, Bandar Baharu dekat sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa seramai 528 daripada 663 tahanan di depot imigresen berkenaan melarikan diri pada 4.30 pagi sebelum 88 daripadanya ditahan dengan bantuan penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak imigresen.

Menurutnya, seramai 229 lagi tahanan kemudiannya berjaya ditahan di Kilometer (KM) 168.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini dengan bantuan orang awam sebelum mereka menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

“Terdahulu, sekumpulan tahanan dikatakan melintas jalan dengan menyeberangi lebuh raya namun enam daripadanya terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak mavt selepas terbabit kemalangan pada 6.50 pagi di KM165 Lebuh Raya Utara Selatan.

“Ekoran inslden itu, tahanan lain yang menyaksikan kemlangan itu tidak berani melintas, sebaliknya melarikan diri dengan berjalan di tepi lebuh raya yang mereka sendiri tidak pasti sehingga terdapat satu kumpulan anak muda yang membantu menahan kesemua mereka di KM168.2 Lebuh Raya Utara Selatan lalu menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang media di lokasi penahanan tahanan berkenaan di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, susulan penahanan yang dibuat hanya tinggal baki seramai 205 lagi untuk dikesan.

“Ia memerlukan tenaga yang sepenuhnya selain bantuan orang ramai bagi mengesan kesemua tahanan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataannya memaklumkan tahanan itu melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang di depot berkenaan.

“Pegawai bertugas kemudiannya mengaktifkan prosedur operasi standard (SOP) dengan menghubungi polis dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

“Sehingga 10 pagi tadi, seramai 362 orang tahanan berjaya ditangkap semula dan gerakan mencari baki tahanan yang lain sedang diteruskan,” katanya.

Sumber : Utusan & kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*