“Hanya ambil gambar tempat kejadian, pemanas air & mesin air..” Saksl Tldak terima arahan rakam gambar barang

Saksi pendakwaan ketujuh yang juga jurufoto Jabatan Slasatan Jenyah (JSJ) Ibu Pejabat Kontlnjen PoIis (IPK) Kuala Lumpur mendedahkan beliau tidak mengambil gambar beberapa barang k,es berikutan tldak mendapat arahan pegawai penylasat.

Koperal Sadzlyee Sairen dari Bahagian Bantuan Teknik (D6) JSJ mendedahkan perkara itu di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini dalam perbicaraan k,es pengabaian dan pende,raan membabitkan remaja sindr0m d0wn dikenali sebagai BeIIa.

Sadzlyee bersetuju dengan cadangan peguam Siti Bainun Ahd Razali, Hafidzah Hassan beberapa gambar barang kes berkenaan tidak dirakam termasuk gambar ‘closeup’ (gambar dekat) penapis air.

Berikut perbualan prosiding antara Hafidzah dan Sadzlyee di depan Hakim Izralizam Sanusi.

Hafidzah:Kita tiada gambar ‘closeup’ mesin kedua, setuju tak.

Sadzlyee: Setuju

Hafidzah: Jadi saya cadangkan mesin yang diambil, kita tak nampak ‘brand’ air apa? Setuju tak?

Sadzlyee: Setuju

Hafidzah: Buat pemeriksaan saja atau ambil gambar saja?

Sadzlyee: Ambil gambar saja

Hafidzah: Masa ambil gambar, tuan ambil gambar berdasarkan arahan, saya cadangkan tuan tak ambil gambar dalam laporan atau kenyataan pengadu, maka sebab itu tidak ambil gambar lain.

Sadzlyee: Tidak pasti

Hafidzah: Saya cadangkan kalau pengadu dipukul dengan sesuatu, tuan perlu ambil gambar barang yang dikatakan untuk dipukul, setuju tak?

Sadzlyee: Setuju

Hafidzah: Ada ambil gambar cawan (jenama) Ikea?

Sadzlyee: Tidak

Hafidzah: Cawan Starbucks?

Sadzlyee: Tidak

Hafidzah: Batang penyodok?

Sadzlyee: Tidak

Hafidzah: ‘Railing’ (alat penyangkut) langsir?

Sadzlyee: Tidak

Hafidzah:Tali rafia?

Sadzlyee: Tidak

Hafidzah: Kain perca ikat mulut?

Sadzlyee: Tidak

Hafidzah: Cecair pelembut pakaian jenama Downy/Softlan?

Sadzlyee: Tidak

Sadzlyee berkata, beliau tidak mengambil gambar itu kerana tidak menerima sebarang arahan daripada pegawai penyiasat berkaitan.

Dalam perbicaraan itu juga, Sadzlyee dalam pernyataan saksi bertugas jurufoto (24 jam) D6 IPK Kuala Lumpur pada 7 Julai 2021 jam lebih kurang 10.30 pagi.

“Saya terima arahan daripada pegawai penyiasat Inspektor Suhaili Mahad dari Bahagian (D11) Jabatan Siasatan Jenyah IPK Kuala Lumpur untuk mengambil gambar tempat kejadian bersabit laporan Wangsa Maju di alamat B-17-2, Kondominium Irama Wangsa, Seksyen 10.

“Saya menggunakan kamera jenis Canon EOS 750d untuk mengambil gambar dan jumlah gambar yang diambil sebanyak 35 keping.

“Saya terima arahan daripada pegawai penylasat kanan jenyah Asisten Superintendan Rohaini Baharom untuk mengambil gambar tempat kejadian, pemanas air dan mesin air Cuckoo di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan turut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nor Azizah Mohamad; Zahida Zakaria, Zilfinaz Abbas, Fazeedah Faik dan Nour Shakira Aliana Alias manakala pembelaan dibarisi peguam Nur A’minahtul Mardiah Md Nor serta Hafidzah Hassan.

Zahida berkata, saksi pendkwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood, 19, hadir ke mahkamah hari ini namun tidak dapat memberi keterangan kerana tldak sihat.

“Semalam dia mendapat rawatan di klinik dan diberikan sijil cuti saklt (MC), saksi mengalami tekanan darah rendah bagaimanapun saksi tldak berapa sihat (fit) untuk meneruskan perbicaraan.

“Maka pihak kami memohon untuk memanggil saksi lain,” katanya.

Perbicaraan kes bersambung 30 dan 31 Mei serta 13, 16, 17, 29 dan 30 Jun ini.

Sumber : Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*