“Siap ada gambar berbaju putih, isteri menteri pun datang..” Sumber dedah Mawar Karim dah nikah? 5Februari kat Pahang

Usahawan tudung, Mawar Karim dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Utara tanah air.

Desas-desus tersebut didedahkan seorang netizen kepada Kosmo! Online menerusi direct message (DM) lnstagram.

“Mawar tu dah kahwin dengan di Bukit Tinggi, Pahang,” tulis satu sumber ringkas melalui DM yang ditinggalkan.

Turut disertakan dengan pendedahan tersebut termasuklah beberapa keping gambar pengasas jenama Tudung Fareeda itu dengan tirai latar (backdrop) tertera pangkal namanya dan lelaki berkenaan seperti digambarkan berapa pada hari bahagia mereka.

Antara VIP yang juga kenalan terdekat pengantin yang turut ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet. “Dia dah 5 Februari,” tambah sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada benar atau tidak keaslian gambar tersebut.Yang jelas, hanya Mawar dilihat berpakaian serba putih seperti lazimnya digayakan pengantin pada hari pernikahan.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim, 33, juga belum berhasil apabila panggilan telefon dan pesanan yang ditinggalkan di WhatsApp tidak berbalas.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar itu sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang yang berkerjaya seorang ahli perniagaan juga berasal dari Utara tanah air.

Sungguhpun begitu, Mawar ketika ditemu bual enggan mendededahkan status lelaki itu kerana menurutnya, hubungan mereka masih terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum iaitu lebih kurang setahun perkenalan.

Sumber : KOSMO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*