“Cantik, Ada Suara Dan Berbakat..” Anak Gadis Tular A Aida jadi tumpuan ramai

Penerbit terkenal, Datuk A Aida tidak kisah sekiranya suatu hari nanti anak keduanya, Wan Azevanatassha atau Natassha, 21, terbabit dalam dunia hiburan tempatan dan menjadi penyanyi kerana dia berbakat di dalam bidang berkenaan.

Perkara itu dikongsikan A Aida, 52, susulan beberapa video yang dimuat naik anak hasil perkahwinannya dengan penyanyi Ameng Spring, itu tular di aplikasi TlkTok.

“Saya tak kisah dia menjadi penyanyi. Saya okay saja. Macam saya kata, dia ada suara, rupa dan pandai main gitar, kenapa tidak. Saya selalu cakap pada dia, mainlah gitar dan letak di YouTube. Manalah tahu boleh meletup.

“Saya selalu bebel pada dia. Sudah ada semua dan buatlah album. Tapi dia tak nak, sebab katanya itu lebih pada kepuasan diri sendiri. Perhatiannya bukan nak menjadi artis, dia tak nak.

“Bagi saya, sayang anugerah Allah. Tak semua orang dikurniakan kelebihan dan bakat itu. Sayang tak digunakan,” katanya.

A Aida yang juga penerbit A Aida Production turut menambah, kedua-dua anak perempuannya pandai dan berbakat dalam bidang nyanyian.

“Kakak dia pun, Wan Az Aleesa, 26, pun boleh menyanyi. Kedua-dua anak Ameng ni boleh nyanyi. Tapi itu lah, mungkin mereka mahu beri perhatian pada bidang lain iaitu pelajaran.
“Alhamdulillah, Aleesa sekarang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dan Natassha pula program Akauntan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Macam Natassha, dia seorang anak yang ada dunia tersendiri. Biasa dalam bilik saja. Sedangkan bagi saya dia pandai main gitar, menyanyi, suara ‘best’.

“Dari dulu lagi saya dengan beberapa kawan dalam bidang muzik ‘bodek’ dia suruh jadi penyanyi dan berlakon dalam video muzik. Tapi dia akan cari alasan tak nak.

Sumber : MH

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*