Nora Danish agak terkilan tk dapat khatam al-Quran tahun ini

Terlalu sibuk dengan urusan pindah rumah, aktres popular Nora Danish mengakui terkilan kerana terlepas peluang untuk khatam al-Quran pada Ramadan tahun ini.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 39, memberitahu urusan pindah rumah menyebabkan jadual hariannya pada Ramadan kali ini agak kelam kabut sehingga tidak berkesempatan melakukan urusan ibadah yang sering dilakukan sebelum ini.

“Sebenarnya aktiviti Ramadan tahun ini agak kucar-kacir sedikit dan sebab itu saya jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi dalam media sosial.

“Saya juga baru pindah ke kediaman baharu dan memang tak sempat nak kejar macam-macam benda. Jadi agak terkilan juga tak dapat khatam al-Quran tahun ini,” katanya.

Nora berkata demikian pada sidang media Puteri Reunion secara virtual baru-baru ini.

Dia bagaimanapun berharap agar peluang untuk khatam al-Quran dapat dilakukan pada Ramadan akan datang.

“Apapun saya berdoa agar dapat lebih aktif untuk melakukan ibadah termasuk menghabiskan bacaan al-Quran pada Ramadan akan datang,” ujar pelakon filem Bencinta itu.

Berkongsi tentang persiapan Hari Raya Aidilfitri, meskipun teruja untuk menyambut kedatangan lebaran, Nora hanya menyediakan segala kelengkapan secara sederhana.

“Tahun ini ramai yang akan beraya sakan memandangkan sudah dua tahun tidak berpeluang berkumpul bersama keluarga.

“Bagi saya pula, tiada persiapan besar-besaran, semuanya sederhana sahaja tetapi asalkan dapat bersaya bersama keluarga tercinta sudah cukup memadai.

“Ambil dan gunalah waktu berharga tersebut sebaik-baiknya untuk bersama orang tersayang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, ibu kepada dua cahata mata itu berjaya khatam al-Quran selama dua tahun berturut-turut pada Ramadan 2020 dan 2021.

Sempena musim perayaan, Nora bakal muncul dengan sitkom Puteri Reunion pada hari raya pertama menerusi saluran TV3.

Selain Nora, Puteri Reunion turut membariskan pelakon asal sitkom Puteri iaitu Nina Fazurina, Kenchana Dewi, Intan Ladyana dan Beego.

Sumber : KOSMO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*