Suara masih padu, peminat seyu lihat keadaan Zamani sekarang ni

Tahap kesihatan penyanyi legend, Zamani Slam sememangnya diketahui umum tidaklah seperti dahulu lagi. Dia juga tidak merahsiakan tahap kesihatannya dan ia terlihat melalui fizikalnya yang sedikit berubah.

Sebelum ini, Zamani pernah menjelaskan yang dia menghidapi masalah tulang belakang. Penyanyi lagu Gerimis Megundang itu juga tidak menafikan penggunakan dadah satu ketika dahulu memberi kesan kepada penyaklt yang dihidapi kini.

Sedlh tengok keadaan Zamani
Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anna Sofia, dia telah memuat naik satu rakaman video penampilan terkini penyanyi itu di satu majlis berbuka puasa.

Apa yang membuatkan ramai peminatnya sedih adalah kondisi struktur tulang belakang Zamani yang semakin membengkok.

Minta maaf sebab dah tak macam dulu
Dalam pada itu, Anna Sofia juga menjelaskan yang artis tersebut sempat memohon maaf di atas kondisinya yang tidak seperti dulu lagi ketika menjayakan persembahan.

Rakaman persembahan tersebut turut dikongsikan Zamani di Instagramnya dan dipenuhi dengan komen daripada peminat yang sentiasa memuji suaranya yang masih tetap merdu walaupun kondisinya semakin berbeza.

 

Nampak agak kurang selesa dengan struktur tulang belakang
Menjengah ke ruangan komen TlkTok Anna Sofia, rata-rata warganet mengakui mengagumi sosok penyanyi tersebut walaupun ada sedikit rasa kasihan melihatnya yang masih gigih menyanyi walaupun struktur badannya kian berubah.

Mereka juga tak lepas daripada mendoakan agar kesihatan Zamani terus membaik dan kekal sihat serta terus menghiburkan orang ramai dengan deretan lagu-lagu ‘berhantvnya’.

Kesian dia, lama dah saklt rasanya

Muda2 dulu handsome sangat

Semoga cepat sembuh Zamani

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*